Khamis, 9 Mei 2013

Kursus Asas PRS 2013


Tarikh   : 9 Mei 2013
Hari      : Khamis
Tempat : SKDDH

Kursus asas prs telah dapat dijalankan seperti tarikh dan masa yang telah diracang. Seramai 17 orang perintis prs terlibat dengan program tersebut. Program telah dikendalikan sepenuhnya oleh 2 orang guru bimbingan iaitu Pn Hjh Rohayah Bakar dan En Mohd Bakri Che Amin. Kursus sehari ini dipenuhi dengan aktiviti kemahiran komunikasi , asas prs, team building, kemahiran membuat keputusan dan pidato. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh GPK HEM Encik Husin Abu Noh.

 Sebahagian murid yang terlibat dengan kursus asas prs


 slot kemahiran komunikasi


 latihan asas sesama rakan sebagai klien


Persembahan kumpulan


 Latihan berpidato


Bergambar selepas tamat kursus asas prs

Sabtu, 4 Mei 2013

Majlis Pelantikan PRS sesi 2013

MAJLIS PELANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2013

LOGO PRS

Majlis pelantikan PRS telah diadakan pada  8hb April 2013. Seramai 17 orang perintis PRS telah dipilih. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar Puan Hajah Nor'aisah Muhammed bertempat di Tapak Perhimpunan SKDDH. Selamat maju jaya kepada semua PRS.


Guru Besar Pn Hjh Nor'aisah Muhammed menyampaikan
watikah pelantikan PRS kepada murid yang telah dipilih


 Pembimbing Rakan Sebaya tahun 2013 bergambar
bersama guru besar



Mohd Farhan Zulkifli mengetuai bacaan ikrar PRS


 Berikrar dan berjanji akan menjalankan tugas
seperti yang telah diamanahkan



 Bangga kerana telah dilantik sebagai PRS 2013



Sebahagian guru dan murid yang menyaksikan majlis 
pelantikan PRS sesi 2013