Ahad, 2 Februari 2014

Kemahiran Belajar



                                                       Kemahiran Belajar 

Menurut Kamus Dewan Bahasa(Edisi ke-3) kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian manakala definisi bagi belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran iaitu dengan adanya rangsangan-rangsangan,pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria,pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak,membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan dan perubahan tingkah laku.
Definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Kemahiran belajar juga mampu meningkatkan daya belajar dan daya intelek seseorang individu .
Pelajar perlu belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri sendiri dan seterusnya berusaha mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan atau kekuatan yang ada untuk memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran.
Masa pembelajaran yang terhad di dalam kelas menyebabkan ilmu pengetahuan yang diterima oleh pelajar juga terhad. Oleh itu, pelajar harus belajar cara untuk memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan penguasaan mereka dalam mempelajari sesuatu dan meningkatkan prestasinya dalam pelajaran.
Dengan adanya kemahiran belajar ,seorang pelajar mampu belajar dengan cara yang betul dan mengaplikasikan serta proses pembelajaran akan berterusan dalam diri pelajar tersebut.
Kemahiran belajar juga dapat memupuk disiplin belajar. Kemahiran mengurus masa misalnya, yang melibatkan pelajar membuat jadual waktu belajar untuk pembahagian masa belajar. Hal ini akan mendisiplinkan pelajar untuk belajar pada masa yang dijadualkan mengikut jadual waktu belajarnya. Pelajar juga akan dapat mengurus masa dengan lebih berkesan.
Pelajar juga akan dapat mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat dan dari semasa ke semasa akan meningkatkan daya ingatan akibat mempelajari kemahiran belajar. Kemahiran belajar membuat suatu maklumat dari proses pembelajaran akan mudah difahami dan ingati oleh pelajar.
Pembelajaran kemahiran belajar juga akan dapat meningkatkan pencapaian individu dan sekaligus mencapai matlamat pelajar tersebut. Beberapa jenis kemahiran belajar yang dipelajari dapat meningkatkan pencapaian individu dengan membantu mereka ketika proses pembelajaran dengan cara yang betul dan berkesan. Akhirnya,seorang pelajar akan dapat membina budaya belajar yang berkesan dan membawa kecemerlangan.

Jenis-jenis kemahiran belajar

1.Kemahiran mengurus masa:
 Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar.Pelajar akan dapat mengurus masa dengan baik dengan adanya jadual waktu belajar samada di sekolah mahupun di rumah. Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding dengan pelajar cerdas. Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa belajar untuk mata pelajaran itu.
Jadual waktu yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran pelajar seperti kerja rumah yang perlu disiapkan dan waktu untuk mengulangkaji pelajaran lakukan.Perlu diingatkan bahawa kelemahan mempunyai sebuah jadual waktu mingguan yang tetap sebagaimana yang dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini ialah ianya tidak akan berkesan sekiranya tidak disertai dengan disiplin dan semangat yang kuat. 

Kepentingan jadual waktu
Bagi memberikan kesedaran dan galakan kepada setiap pelajar agar melakukan pengurusan masa berkesan dan membuat jadual waktu, pelajar perlulah tahu terlebih dahulu tentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu.Diantaranya ialah pelajar akan dapat menlakukan aktiviti yang telah dirancang selama seminggu, mendisiplinkan diri disamping menilai kembali semua aktiviti yang telah dilakukan samada ia memberikan faedah atau sebaliknya.
Selain itu dengan adanya jadual waktu akan mengelakkan pelajar menangguhkan tugasan yang perlu disiapkan dalam jangka waktu tertentu disamping mendorong ke arah kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi samada kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
            Antara cirri-ciri jadual waktu yang baik ialah menepati tujuan dan objektif penyediaanya. Pelajar perlulah terlebih dahulu menyenaraikan  aktiviti yang ingin dimasukkan ke dalam jadual waktu. Fikirkan aktiviti yang pelajar lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan, peruntukan masa dan fikirkan juga samada aktiviti itu sesuai dilakukan pada sebelah pagi, tengah hari, petang atau malam. Bagi mata pelajaran yang ingin diulangkaji juga perlulah ditumpukan kepada mata pelajaran yang lemah dan perlukan peruntukan masa yang lebih banyak berbanding mata pelajaran yang lain.
            Kadang-kadang semasa menyediakan jadual waktu, ramai pelajar yang terlupa untuk memasukkan aktiviti persendirian seperti berehat, beribadat, mengurus diri , menolong keluarga dan beriadah. Oleh itu pelajar mestilah sentiasa ingat sebelum menyediakan jadual waktu samada jadual waktu harian, mingguan atau tahunan, selain memperuntukan masa untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran masa untuk diri sendiri juga amatlah penting.

Rujukan:
Kamus Dewan Edisi ke-3,(2008)  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan