Rabu, 12 Februari 2014

Watikah Pelantikan dan Kursus Kepimpinan Pusat Sumber 2014

Majlis pelantikan Pengawas Pusat sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya telah dirancang dan dilaksanakan pada 10 Februari 2014 . Program usahasama antara Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Dato Demang Hussin dan Perbadanan Perpustakaan Awam melaka telah berjalan dengan jayanya.

Porgram disertai oleh seramai 14 orang PRS dan 57 orang PSS dan 4 orang guru pengiring. Program dimulakan dengan taklimat oleh Encik Raifudden Abd Latif dan dibantu oleh pemudahcara yang lain iaitu Encik Muhd Fahmi Azri Mustafa, Cik Nur Syafiqah Razali dan Encik Ikmal Saufi. Murid dibawa melihat ke persekitaran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan kemudahan yang disediakan untuk semua pengunjung. Selepas sarapan pagi murid didedahkan dengan aktiviti dan bengkel pusat sumber juga literasi maklumat. 

Pada sebelah tengah harinya pula diadakan majlis pelantikan yang telah disempurnakan oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Encik Mohamad Aizammudy bin Mohamed Idris. Dalam Ucapannya Pn Guru Besar mengucapkan terima kasih atas usahasama dan perkongsian pintar yang telah diadakan. Semoga murid yang terlibat telah mendapat banyak maklumat yang berguna yang akan dapat digunakan dalam menjalankan tugas seharian. Terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

En Raifudden memberikan taklimat
Sebahagian murid yang terlibat program
En Fahmi memberikan taklimat liarasi maklumat
Murid dibawa melawat persekitaran PERPUSTAM
Pengarah PERPUSTAM merasmikan perasmian penutup
Ketua pusat sumber mengetuai bacaan ikrar
Sebahagian murid membaca ikrar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan