Sabtu, 15 Februari 2014

Pengurusan Masa

Untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR , pengurusan masa adalah sangat penting. Justeru, Unit bimbingan dan kauseling telah menerangkan cara mengurus masa yang betul khusus untuk murid tahun 6 pada 14 Februari 2014. Dalam program ini juga murid  diajar membuat jadual waktu belajar sendiri.

Aktiviti dimulakan dengan bacaan ikrar UPSR yang diketuai oleh ketua pengawas Mohd Nabil Mukhri. Selepas itu Cikgu Mohd Bakri dan Hajah Rohayah menerangkan kepada murid cara membuat jadual waktu belajar dan pengurusan masa yang betul. Semoga maklumat yang disampaikan akan dapat membantu murid-murid menjalani kehidupan seharian sebagai murid sekolah dengan lebih tenang dan bersemangat tinggi untuk belajar dan berjaya dalam pelajaran.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan