Sempena Minggu Eksplorasi Kerjaya, Unit bimbingan dan kaunseling SKDDH telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang keropok lekor di Batu Berendam Melaka. Lawatan bertarikh 17 Oktober 2013 itu disertai oleh 100 orang murid tahun 6 dan tahun 4 juga 5 orang guru pengiring.
Semua murid diberikan taklimat ringkas oleh penyelaras projek. Selepas itu murid berpeluang melihat sendiri bagaimana keropok lekor dihasilkan. Daripada proses menguli, membuat doh, membentuk, memasak dan seterusnya membungkus diterangkan satu persatu. Murid juga berpeluang untuk membuat keropok lekor.
Selain itu murid juga dapat menikmati keropok lekor dan membeli untuk dibawa pulang.
Sebahagian murid teruja melawat kilang keropok
En Azren menyampaikan taklimat
Sebagai guru pengiring
Bakal usahawan berjaya
Proses membungkus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan