Program Kecemerlangan Tahun 6 , Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Hijrah Diri khusus untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.
Syukur majlis ini disertai oleh ramai ibu bapa yang juga mengharapkan anak-anak mereka akan berjaya dalam peperiksaan UPSR kelak. Majlis dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria Mohamad, diikuti dengan bacaan Yaasin, solat Hajat dan Hijrah Diri.
Dalam ucapannya Guru Besar, Pn Hjh Hasmah Hj Hitam , amat mengharapkan kerjasama dari semua ibu bapa supaya anak-anak ini dapat fokus dan mencipta kejayaan. Tanpa sokongan padu dari guru-guru dan ibu bapa pasti apa yang dirancang tidak akan membuahkan kejayaan. Beliau meminta supaya ibu bapa sentiasa memaafkan anak-anak dan medoakan kejayaan anak-anak.
Selepas solat hajat, murid-murid tahun 6 dimandikan (sebagai simbolik atau metofora) dengan air Manzil yang telah disediakan lebih awal. Tujuan supaya anak-anak ini akan berhijrah kepada akhlak yang lebih baik dan lebih fokus kepada matlamat mereka untuk berjaya di dunia juga akhirat. Insyallah... Marilah sama-sama kita mendoakan anak-anak ini supaya mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Insyallah....
Ustaz Zakaria Mohamad sedang memberikan taklimat
Sebahagian ibu-ibu yang dapat menghadirkan diri
Ibu-ibu tekun mendengar taklimat yang disampaikan
Sebahagian murid Tahun 6 bersedia untuk bacaan Yaasin
Unit Bimbingan dan Kaunseling berkolaborasi dengan
Panitia Pendidikan Islam
Bapa juga tidak ketinggalam mengambil bahagian
Bersedia untuk membaca ayat-ayat manzil
Program turut disertai oleh Guru Tahun 6
Guru mengharapkan yang terbaik untuk anak didik
Kusyuk membaca ayat-ayat manzil
Majlis turut disertai oleh GPK Kurikulum
mandi... lega rasenye bdn nihh :)
BalasPadam