Sabtu, 29 Jun 2013

PERJUMPAAN GURU DAN IBU BAPA TAHUN 6 KALI KE-2 SESI 2013

Majlis perjumpaan guru  dan ibu bapa tahun 6 kali ke-2 sesi 2013 telah diadakan pada 27 Jun 2013 (Khamis)  bertempat Balai Dato' Ali SKDDH bermula jam 10.00 pagi. antara objektif perjumpaan ini diadakan adalah bagi membincangkan pencapaian murid Tahun 6 dalam PKSR 1 dan saling bertukar pandangan bagi memastikan kecemerlangan dalam UPSR 2013. . Pn Hajah Hamidah (GPK 1) telah merasmikan majlis tersebut. 


 Sebahagian murid tekun mendengar ucapan GPK 1


 Hajah Hamidah Mohd Yatim mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa 
yang dapat menghadirkan diri dalam majlis perjumpaan guru dan ibu bapa Tahun 6

 Aizat Nor Sani mengetuai bacaan ikrar UPSR


 Murid Tahun 6 berikrar akan belajar bersungguh-sungguh


 Pn Nurzurini Sharif Setiausaha peperiksaan UPSR menyampaikan taklimat
berkaitan pencapaian murid dalam

 Hanisah Mohd Rayzal mendapat  5A dalam PKSR 1


 Sebahagian guru Tahun 6 yang hadir sama 
dalam perjumpaan guru dan ibu bapa tahun 6


Sebahagian ibu bapa yang hadir dalam perjumpaan 
guru dan ibu bapa Tahun 6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan