Sabtu, 5 Julai 2014

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga sepanjang Ramadhan ini kita semua sentiasa tabah, berlapang dada, dipermudahkan untuk menjalani kewajipan sebagai umat Islam. Walaupun kita seorang pelajar, jangan jadikan alasan keletihan berpuasa untuk tidak mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan semua kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jangan lupa di rumah, ringankanlah tangan untuk membantu kedua ibu bapa melakukan tugasan di rumah.Ibu bapa juga berpuasa, jadi apa kata kita tambah pahala dengan membantu mereka. Membantu ibu menyiapkan jaudah berbuka puasa dan juadah untuk bersahur pasti menyeronokkan. Pengalaman yang tidak akan kita dapati sekiranya kita tidak melakukannya.

Untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, peperiksaan T3, SPM, STPM, ambillah peluang keberkatan ramadhan untuk mengulangkaji pelajaran. Selepas bersahur, saya sarankan pelajar tidak terus menyambung tidur tetapi membaca buku, mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan kerja ruamh yang dibekalkan oleh guru.

Selamat berpuasa, 
selamat mengulangkaji pelajaran 
dan
 hayatilah kenikmatan berpuasa di bulan Ramadhan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan