Unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan ceramah kenali ubat, kesan dan penyalahgunaan yang disampaikan oleh penceramah dari kolej MICOST Melaka pada 30 Oktober 2014. Dalam ceramah tersebut murid telah didedahkan dengan jenis-jenis ubat, cara memakan ubat, tarikh lupus dan kesan terhadap pesakit sekiranya diambil tidak mengikut peraturan.
Selain itu murid juga didedahkan dengan kerjaya sebagai seorang ahli farmasi, syarat- syarat menjawat jawatan tersebut dan mata pelajaran yang perlu dikuasai .Murid dan guru-guru amat teruja mendengar ceramah yang disampaikan. Terima kasih kepada Puan Norliza Ali dan rakan-rakan dari MICOST Melaka.
 |
contoh ubat yang terdapat dalam pasaran yang sering digunakan kanak-kanak |
 |
sebahagian murid mendengar ceramah |
 |
Terima kasih Puan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan