Pada 31 Oktober 2014 telah diadakan majlis khatam al-quran bagi murid tahun 6. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh En Husin Abu Noh GPK HEM diikuti dengan khatam quraan dan majlis taklid murid tahun 6. Murid dan guru bertaklid untuk saling menghalalkan ilmu yang diberi dan berjanji untuk terus menjalani kehidupan sebagai seorang muslim dengan penuh rasa tanggungjawab.
Terasa sebak .. sebagai seorang guru yang telah bersama-sama dengan anak didik ini hingga ke tahun 6, satu jangka masa yang sangat lama, terasa seakan anak sendiri untuk menghantarnya ke suatu destinasi yang amat jauh. Untuk murid tahun 6 selamat menjalani kehidupan di sekolah menengah. Semoga ilmu yang telah didapati di bangku sekolah rendah dapat dimanafaatkan sebaiknya. Cikgu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua murid skddh.
 |
En Husin Abu Noh merasmikan majlis khatam Quraan |
 |
Sebahagian murid perempuan terlibat dengan program khatam quraan |
 |
Bersedia.. sebelum memulakan majlis |
 |
Akif Mulhim, diam-diam ubi.. berisi |
 |
Bacaan doa selepas selesai khatam |
 |
Penyampaian sijil dan bunga telur |
 |
Terima kasih cikgu |
 |
Terima kasih cikgu |
 |
Terima kasih cikgu |
 |
Mengetuai bacaan taklid tahun 6 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan