Sabtu, 1 November 2014

Program selangkah ke alam akil baligh murid perempuan Tahun 6

Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan program selangkah ke alam akil baligh khusus untuk murid perempuan. Dalam program tersebut murid didedahkan dengan kehidupan alam remaja khususnya semasa berada di sekolah menengah. Murid juga didedahkan dengan proses kedatangan haid dan cara-cara mandi hadas. Tahniah kepada semua jawatankuasa panitia Agama Islam yang telah menganjurkan program tersebut untuk memberikan sebanyak mungkin maklumat kepada murid perempuan supaya dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah dengan betul dan sentiasa berada di jalan yang diredai.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan