Peperiksaan UPSR 2015 telah berlangusng pada 9, 10, dan 11 September 2015. Seperti kebiasaanya, pada hari-hari peperiksaan UPSR,guru-guru menyediakan sarapan pagi berupa minuman dan roti. Majlis pagi itu dimulakan dengan bacaan yasin , memohon supaya dipermudahkan kepada semua murid tahun 6 semasa menjawab peperiksaan UPSR. Majlis bacaan yasin juga disertai oleh ramai dalam kalangan ibu bapa yang mengambil cuti semata-mata untuk bersama anak-anak mereka. Turut diadakan juga solat hajat di surau skddh yang dipimpin oleh Ustaz Zakaria Mohamad, Ustaz Amran dan Ustaz Hazerza.
Guru-guru skddh mendoakan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua murid tahun 6 . Terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang telah hadir dan menyumbang tenaga dan masa untuk menjayakan program yang diracang.
 |
Bacaan yaasin pada hari UPSR |
 |
Ustaz Mohd Adli Daud mengetuai bacaan yasin |
 |
Murid-murid Tahun 6 2015 |
 |
Sebahagian guru turut serta membaca yasin |
 |
Sebahagian ibu ibu yang hadir |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan