Selasa, 26 Januari 2016

Belajar Secara berkumpulan

Belajar secara berkumpulan merupakan satu aktiviti yang sangat digalakkan. Dalam aktiviti ini murid-murid digalakkan bertukar-tukar fikiran dan saling bantu membantu.Tuntutan ini adalah selaras dengan Firman Allah yang bermaksud "Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk kebajikan dan bertaqwa dan jangan bertolong-tolong pada melakukan dosa dan kemungkaran "
 (Al-Maidah :2)

Beberapa panduan dalam melakukan aktiviti belajar secara berkumpulan. Panduan tersebut adalah seperti berikut :
- Bentuk kumpulan seramai 5 - 8 orang
- Setiap kumpulan perlu mempunyai ketua
- Lantiklah seorang pencatat
-Tetapkan satu tarikh pertemuan yang telah dipersetujui bersama
- Tetapkan tajuk yang akan dibicangkan lebih awal
-Lakukan aktiviti pembelajaran di tempat yang sesuai
-Sediakan peralatan secukupnya
-Duduk dalam bulatan ketika memulakan perbincangan
-Hadkan masa yang digunakan
-Patuh kepada ketua yang dilantik
-Mendengar dan memberi pendapat dengan baik
-Lakukan penilaian terhadap pencapaian pembelajaran
-Ahli digalakkan menyalin fakta yang telah disampaikan



Image result for belajar berkumpulan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan