Ahad, 31 Januari 2016

KERJAYA

Menurut Yusof dalam Mohamed Sharif dan Roslee (2002) kerjaya didefinisikan sebagai profesion yang menjadi salah satu cara mencari nafkah . Manakala Mohamed Fadhil (2002) mendefinisikan kerjaya sebagai kerja atau aktiviti untuk memenuhi keperluan psikologi., ekonomi dan sosial individu dan ini direalisasikan dengan bekerja sehingga berjaya. Kerjaya  bermaksud perkembangan dan kemajuan seseorang dari segi pekerjaan. Kerjaya selalunya merujuk kepada jawatan tetap dan berjaya menjadikan seseorang itu mencari nafkah hidup, menyara kehidupan.(Wikipedia)


FAKTOR PERKEMBANGAN KERJAYA
Dunia kerjaya adalah satu bidang yang sentiasa berkembang. Pelbagai faktor dikatakan mempengaruhi perkembangan kerjaya.  Perkembangan kerjaya merujuk kepada proses perkembangan yang berlaku sepanjang hidup dan sesorang yang melaluinya akan berupaya melakukan kerja  dan melibatkan diri dengan kerja tersebut sebagai sebahagian daripada gaya hidupnya. Kebolehan intelek, bakat, pengaruh pendidikan, keperibadian, personaliti, konsep kendiri, harga diri, nilai, minat dan jantina boleh mempengaruhi kerjaya seseorang. Sudahkan anda mempunyai kerjaya pilihan !!!!


                                                                Image result for kerjaya pilihan di malaysia
   
                                                              Image result for kerjaya pilihan di malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan