Ahad, 31 Januari 2016

KREATIVITI

KREATIVITI:
Masyarakat umum masih kabur berkenaan apa yang dimaksudkan dengan pemikiran kreatif atau kreativiti. Kreativiti ialah kebolehan asasi yang dimiliki oleh manusia. Tidak ada manusia yang tidak kreatif. Kecenderungan seseorang berkreativiti banyak bergantung kraftangan , melukis dan lain-lain aktiviti. 

                                              



Kreativiti mesti dipupuk melalui pendekatan yang betul, bersesuaian dan bersistem. Berfikir secara kreatif adalah suatu seni. Seni berfikir kreatif melibatkan keupayaan manusia memusatkan tumpuan dan usaha ke arah sebarang penyelesaian kreatif . Menurut sarjana disiplin pemikiran  kreatif, seni berfikir kreatif melibatkan elemen-elemen berikut :

  • penggunaan teknik berfikir yang betul
  • latihan yang berulang-ulang
  • kewujudan motivasi intrinstik dan ekstrinsik dalam proses berfikir kreatif
  • jelas pada objektif yang ingin dicapai
  • memiliki pengetahuan yang khusus dalam sesuatu bidang
  • bentuk masalah yang ingin diselesaikan
  • being in the right place at the right time (RPRT)
             
                                          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan