Sempena minggu eksplorasi kerjaya,
unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
Akademi Penerbangan Melaka di Batu Berendam pada 10 Oktober 2013 hari
Khamis dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 Tengah Hari. Lawatan disertai
oleh 90 orang murid Tahun 5 dan 6 juga 5 orang guru pengiring.
Objektif
utama lawatan diadakan adalah bagi mendedahkan murid-murid tentang
kerjaya sebagai seorang juruterbang, trait personaliti yang perlu ada,
disiplin diri dan menyuntik semangat untuk lebih berjaya di masa akan
datang. Lawatan ini telah meninggalkan kenangan manis buat murid-murid
dan Guru-guru SK Dato Demang Hussin . Terima kasih kepada semua kaki
tangan Akademi Penerbangan, Encik Nordin dan bakal-bakal pilot muda.
Buat Iman, Daneal dan rakan-rakan yang lain, terima kasih atas semua
layanan dan tunjuk ajar yang diberi.
Murid dibawa melawat persekitaran Akademi Penerbangan
Guru pengiring
Merancang masa depan
\

bakal juruterbang
Encik Nordin memberi taklimat
Terima kasih
Menjamu selera
Sebahagian pelatih pilot
Murid begitu teruja untuk ke bilik simulasi
Bergambar kenangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan