Selasa, 26 Mac 2013

Kursus Kepimpinan Sahabat Sekolah 2013

Kursus Kepimpinan Sahabat Sekolah telah diadakan pada 16 Feb 2013 bertempat di Kem Askar Wataniah Bukit Beruang Melaka. Majlis disertai oleh 110 orang murid yang terdiri dari pengawas, pengawas pusat sumber, ketua darjah, pengawas kebersihan dan pengawas siber. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh  Kem Komandan 514 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Datuk Yusof bin Jantan, merangkap YDP PIBG.
Keseronokan dan pengalaman menaiki trak tentera
tentu tidak dapat dilupakan oleh peserta kursus 

Latihan kawad adalah salah satu aktiviti yang 
dibimbing oleh fasilitator dari askar wataniah


Bacaan ikrar pengawas diketuai oleh Ketua Pengawas 2013
Ahmad Hafiy bin Ahmad Rafikin

Perasmian penutup oleh Brigedier Jeneral
Datuk Yusof bin Jantan


Bergambar bersama guru besar, urusetia dan 
barisan fasilitator dari askar wataniah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan