Selasa, 26 Mac 2013

TAHUKAH ANDA:Bagaimana untuk mengurus masa ?








KELAPANGAN WAKTU PAGI (SEBELUM KELAS BERMULA …..15-30 MINIT)
· Murid yang datang awal ke sekolah mempunyai banyak masa sebelum kelas bermula
· Gunakan masa itu dengan melakukan perkara yang berfaedah : membaca nota ringkas /mengulangkaji pelajaran tentang topik yang akan atau telah diajar oleh guru

KELAPANGAN WAKTU REHAT SETELAH MENJAMU SELERA (10 MINIT)
· Selepas berehat untuk makan dan minum di kantin, murid-murid juga mempunyai masa terluang untuk belajar
· Gunakan masa itu untuk membaca nota ringkas atau berbincang dengan kawan-kawan


KELAPANGAN GURU MASUK LEWAT KE KELAS (5-10 MINIT)

  Gunakan masa itu untuk mengulangkaji topik yang baharu diajar oleh guru sebentar tadi
· Murid juga boleh mengulangkaji topik yang akan diajar oleh guru
· Murid juga boleh menggunakan masa itu untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru


KELAPANGAN KERANA GURU TIDAK MASUK KE KELAS (30-60 MINIT)

· Banyak aktiviti  pembelajaran yang boleh murid lakukan
· Murid boleh ke perpustakaan /makmal komputer untuk mentelaah /mengulangkaji pelajaran
· Murid boleh membuat latihan dan menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru
· Murid boleh mengulangkaji pelajaran samada secara individu atau berkumpulan


KELAPANGAN SEMASA MENUNGGU BAS/IBU BAPA UNTUK PULANG KE RUMAH (10-30 MINIT)

· Murid boleh menggunakan masa ini untuk mengulangkaji pelajaran
· Lebih baik sekiranya membaca nota ringkas yang bersaiz kecil kerana ia mudah dibawa ke mana-mana dan mudah dibaca bila-bila masa



 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan