Ahad, 28 Julai 2013

PERCUBAAN UPSR SKDDH 2013

PERCUBAAN UPSR SK DATO' DEMANG HUSSIN

Seramai 156 orang calon UPSR SK Dato' Demang Hussin tahun 2013 telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR pada 23 - 25 Julai 2013. Sebelum calon memasuki dewan peperiksaan telah diadakan majlis bacaan Yaasin sempena bulan keberkataan Ramadan Almubarak diikuti dengan ucapan perangsang dari Guru Besar dan taklimat peperiksaan oleh setiausaha peperiksaan Pn Surayahani Yaacob. Selamat maju jaya dari Unit Bimbingan dan Kaunseling, dan seluruh warga SKDDH. 

"DI MANA ADA USAHA, DI SITU ADA KEJAYAAN"

 Ahmad Hafiy, ketua pengawas mengetuai bacaan yaasin

 Sebahagian murid Tahun 6 yang akan
 menduduki peperiksaan percubaan UPSR

 Murid Tahun 6 Aman

 senyum dan bertenang, terapi relaksasi

 Pn Surayahani Yaacob, memberikan taklimat kepada 
semua calon percubaan UPSR

Guru Besar sedang memberikan taklimat dan perangsang 
kepada semua calon UPSR

Program warga emas 2013

PROGRAM MENGHARGAI WARGA EMAS

Pada 22 Julai 2013 telah diadakan majlis pelancaran Hari Menghargai Warga Emas. Tujuan diadakan program tersebut adalah bagi menanam rasa cinta dan menghargai warga emas dalam kalangan warga SK Dato' Demang Hussin.  Program anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling juga Panitia Siviks dan Kewarganegaraan telah dirasmikan oleh Guru Besar Puan Hajah Hasmah Hj Hitam.
 Sebahagian murid SKDDH tekun  mendengar taklimat
yang disampaikan oleh penyelaras program

 Pn Hjh Rohayah Bakar, penyelaras program sedang
memberikan taklimat

 Sebahagian guru SKDDH terlibat dengan program Warga Emas

 Murid pra sekolah mendengar taklimat program Warga Emas

 Guru Besar bersama barisan GPK SKDDH

 Encik Husin Abu Noh GPK HEM sedang membacakan perutusan 
Hari Warga Emas

 Guru Besar Pn Hjh Hasmah Hj Hitam merasmikan Program
Warga Emas Peringkat Sekolah Tahun 2013

Murid tahun 6 membuat persembahan deklamasi sajak dan berbalas pantun

 Warga emas, yang disayangi, yang dihormati


Guru Besar, Pn Hjh Hasmah Hj Hitam, menyampaikan kad ucapan kepada Pn Norhamdah
Mohd Ibrahim, sebagai gimik perasmian.