Isnin, 2 Disember 2013

Definisi kaunseling



 Apa itu Kaunseling :

Krumboltz (1965)
Apa saja aktiviti beretika yang dilakukan oleh guru bimbingan dalam usaha membantu klien menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien


Zainal Abidin (2002)
Kaunseling adalah perbincangan antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan memikirkan alternatif untuk mengatasi kecelaruan dan laksanakan alternatif yang dipilih
 

Persatuan Bimbingan dan Personel Amerika (1980)
Kaunseling ialah penggunaan Prosedur Kaunseling dan bidang lain yang berkaitan dengan tingkah laku untuk membantu mempelajari bagaimana menyelesaikan masalah
 
Burks dan Steffire (1979)
Perhubungan profesional antara seorang kaunselor terlatih dan klien bersifat “person-to-person”. Kadang-kadang melibatkan dua orang bagi menyelesaikan masalah emosional dan interpersonal
  
Definisi Kaunseling
Ø  Kaunseling bertujuan membantu seseorang belajar membuat pilihan
Ø  Melaksanakan pilihan yang telah dibuat
Ø  Temubual yang bersiri untuk meneylesaikan masalah.
Ø  Proses dimana dua orang bertemu untuk meneroka masalah dan mengenalpasti penyelesaian.
Ø  Kaedah mengenalpasti penyelesaian yang praktikal berkaitan masalah dalam kehidupan harian atau pekerjaan.