Jumaat, 12 Disember 2014

Hari UPSR diumumkan

Tarikh 26 November 2014 dinanti oleh semua murid dan guru-guru skddh dengan penuh debaran. Jam 9.30 pagi semua murid Tahun 6 berkumpul di Anjung Informasi dan membaca surah yasin. Mudah-mudahan semuanya akan dipermudahkan dan khabar gembira akan dinanti dengan penuh debaran.

Kira-kira pukul 11.00 pagi Guru Besa Pn Hjh Hasmah Hitam mengumumkan keputusan UPSR. Seramai 13 orang murid skddh mendapat keputusan 5A dan 14 orang mendapat keputusan 4A. Tahniah dan syabas kepada yang berjaya, yang kurang berjaya jangan putus asa kerana perjalanan anda masih jauh. Tentu ada cahaya kejayaan di hujung jalan sana. 

Dalam majlis tersebut juga Yayasan Bukit Katil telah menyampaikan sumbangan kepada murid-murid yang mendapat keputusan 5A, 4A , dan 3A.

Guru Besar bersama j/kuasa Yayasan Bukit Katil








Bergambar bersama guru dan ibu bapa
Tahniah....

Selasa, 25 November 2014

Kem Pendidikan Malacca Community Service 2014 (Bersama UTMKL)

Program kem pendidikan malacca community service 2014 telah diadakan pada 22 Nov 2014 bermula jam 8 pagi. Program anjuran bersama UTMKL bertempat di skddh. Dua aktiviti yang dijalankan di skddh iaitu program berkhatan beramai-ramai dan kem motivasi. Selain itu diadakan juga pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pusat Kesihatan UTM. Terima kasih kepada pihak UTM yang sedia turun padang untuk menimba dan berkongsi ilmu dengan anak didik skddh.

Senamrobik


Guru skddh

Mandi sebelum berkhatan


Tan Sri Ali Rustam turun padang bersama masyarakat setempat


Menyembur air kepada anak-anak yang akan berkhatan

Persembahan kumpulan

Ustaz Zakaria memberikan 'semangat' kepada murid yang akan berkhatan
Mengambil bahagian dalam aktiviti LDK

Senyum sebelum berkhatan

Bersedia untuk berkhatan ....

Bergambar bersama petugas Pusat Kesihatan UTM


Ahad, 23 November 2014

Hari Kualiti 2014

Hari Kualiti skddh telah diadakan pada 20 Nov 2014 bermula jam 10 pagi. Tujuan majlis diadakan ialah untuk memberi penghargaan kepada semua murid yang telah berjaya dan mengharumkan nama sekolah samada dalam bidang kurikulum atau ko kurikulum.Majlis telah disempurnakan oleh YDP PIBG Datuk Yusuf Jantan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru skddh.


















Majlis Graduasi Tahun 6

Majlis Graduasi Tahun 6 telah diadakan pada 13 Nov bermula jam 10 pagi. Murid-murid dan guru-guru Tahun 6 telah berkumpul di Balai Datuk Ali Rustam untuk majlis graduasi tersebut. Setiap murid telah menerima sijil graduasi dari Guru Besar termasuk semua guru tahun 6. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan majlis tersebut.






Khamis, 13 November 2014

Karnival Jualan Tahun 6 (2014)

Karnival jualan tahun 6 adalah salah satu aktiviti yang dirancang oleh Panitia Matemaik  untuk aktiviti slepas UPSR. Tujuan program ialah untuk menanam sifat usahwan dalam diri setiap murid disamping memupuk semangat kerjasama , toleransi dan mencintai matematik dalam aktiviti yang dilakukan seharian. Program yang diadakan pada 7 November 2014 (Jumaat) itu telah berjalan dengan lancar dan disertai oleh semua murid Tahun 6 Aman, 6 Arif, 6 Amanah dan 6 Afdal. Tahniah kepada Panitia Matematik dan semua murid tahun 6.