Sabtu, 30 Ogos 2014

Program Perkembangan Remaja bersama Intimate

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama tuala wanita intimate telah mengadakan program penjagaan kesihatan diri dan perkembangan remaja pada 28 Ogos 2014 (Khamis) Murid-murid perempuan Tahun 3, 4, 5 dan 6 terlibat dengan program ini . Dalam ceramahnya Puan Suhana telah berkongsi dengan murid-murid tentang cara penjagaan kesihatan diri terutama ketika haid, perubahan fizikal dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Selepas mendengar ceramah murid juga berpeluang mendapatkan hadiah dengan menjawab soalan kuiz. Setiap murid yang hadir juga berpeluang mendapat sampel tuala wanita intimate. Terima kasih kepada Puan Suhana dan teamnya yang sudi berkongsi maklumat dengan murid SK Dato Demang Hussin.







Program Mencari Permata dan Pemurnian Diri 2

Program mencari permata dan pemurnian diri  bagi murid tahun 6 Aman dan 6 Arif telah diadakan pada 22 dan 23 Ogos 2014 bertempat di Hotel Super Cowboy Melaka. Seramai 79 orang murid terlibat dengan program sesi ke-2 ini.



























Selasa, 19 Ogos 2014

Tema Hari Kemerdekaan ke 57 : MALAYSIA..... Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

Majlis Penyerahan Pakaian Hari Raya 2014

Badan Kebajikan Murid SK Dato Demang Hussin dengan kerjasama badan korporat dan individu yang bermurah hati telah mengadakan majlis penyampaian pakaian hari raya kepada 10 orang murid miskin yang terpilih. Tujuan program diadakan supaya murid yang kurang berkemampuan  dapat menikmati kemeriahan hari raya seperti rakan-rakan yang lain.




Isnin, 18 Ogos 2014

Program Mencari Permata Dan Pemurnian Diri Tahun 6

Program Mencari Permata dan Pemurnian Diri Tahun 6 telah diadakan seperti yang telah dirancang. Program diadakan sebanyak 2 sesi iaitu sesi 1 ( Tahun 6 Amanah dan 6 Afdal) manakala sesi 2 (Tahun 6 Aman dan 6 Arif). Program yang diadakan pada 15 & 16 Ogos dan 22 & 23 Ogos bertempat di Hotel Super Cowboy Melaka.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran dan motivasi kepada murid-murid tentang peluang mereka untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR. Program dikendalikan dengan menggunakan kombinasi kaedah latih tubi, bimbingan kelompok dan motivasi berdasarkan pendekatan teori yang dipelajari serta gerak kerja kumpulan sepanjang program sesuai dengan mentaliti dan peringkat umur murid.





SK DATO DEMANG HUSSIN, BUKIT KATIL, MELAKA

PROGRAM MENCARI PERMATA DAN PEMURNIAN DIRI UPSR TAHUN 2014

TARIKH : 15 & 16 OGOS 2014 ( TAHUN 6 AMANAH DAN 6 AFDAL)
                : 22 & 23 OGOS 2014 ( TAHUN 6 AMAN DAN 6 ARIF)

TENTATIF PROGRAM:  (HARI JUMAAT)

2.30 petang                        berkumpul dan bertolak dari SK Dato Demang Hussin ke Hotel Cowboy

3.00 petang                        bengkel kecemerlangan bahasa

5.00 petang                        minum / solat asar (pemurnian diri 1 – JAZIM)

6.00 petang                        riadah diri

7.00 malam                         urus diri/ makan malam / solat maghrib ( pemurnian diri 2 –JAZIM)

8.00 malam                         bengkel kecemerlangan matematik

10.00 malam                       program kau permata ayah bonda (JAZIM)

12.00 malam                       rehat diri


TENTATIF PROGRAM :  (HARI SABTU)

5.30 pagi                              qiamulail / solat subuh (pemurnian diri 3 – JAZIM)

7.30 pagi                              cergas diri (JAZIM)

8.00 pagi                              sarapan pagi

8.30 pagi                              bengkel kecemerlangan Bahasa Inggeris

10.30 pagi                            bengkel kecemerlangan sains

12.30 T/H                             majlis perasmian penutup

1.00 petang                        makan Tengah Hari / bersurai
                                                (bertolak ke SKDDH)




Sebahagian murid Tahun 6H dan 6L


















Program Khatam A-Quraan Sempena Bulan Ramadhan

Program khatam al-quraan Ramadhan telah diadakan pada 24 Julai 2014 ( 26 Ramadhan 1535 H). Program yang diadakan di Balai Datuk Ali telah disertai oleh semua murid Tahun 5, 6. Dalam ucapan perasmiannnya  Guru Besar mengingatkan semua murid supaya sentiasa mengamalkan dan menghayati isi kandungan al-Quraan.