Program restu ilmu UPSR telah diadakan pada 8 September 2014 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Seramai 148 orang calon UPSR pada tahun ini. Antara objektif program ialah untuk meraikan murid yang akan menduduki UPSR, memberikan sokongan, motivasi dan semangat . Guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk murid-murid SKDDH.
Dalam program tersebut semua murid Tahun 6 telah dibekalkan dengan set alat tulis juga penanda buku sumbangan Unit Kaunseling. Dalam ucapannya Datuk Yusof Jantan YDP PIBG berjanji akan memberi ganjaran melalui Yayasan Bukit Katil kepada semua murid yang mendapat 3A, 4A dan 5A dalam UPSR kelak. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Selamat Menduduki UPSR 2014. Ayuh, selamat menjawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan