Program Pendidikan Pencegahan Dadah adalah subunit di bawah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
RASIONAL:
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golonganremaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk terlibat.Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program PendidikanPencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.
MISI KPM :
Melahirkan murid bebas dadah melalui program ppda yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah
OBJEKTIF:
· .Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepda murid, gurudan kakitangan sekolah supaya dapat megelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
· Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
· Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni
· Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar bandar dalam usahamencegah dadah
IKRAR ANTI DADAH:
Bahawasanya kami rakyat
Malaysia berikrar
untuk menjauhkan diri dari dadah pada
setiap masa dengan:
Memenuhi masa lapang dengan
kerja-kerja yang berfaedah;
Melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti
yang berguna dan berfungsi
kepada masyarakat;
Menjadi rakyat berilmu,
berakhlak mulia dan mengamal
cara hidup sihat dan cergas;
Menyediakan diri untuk mengisi
keperluan wawasan, dan;
Membantu segala usaha bagi
membebaskan negara Malaysia
dari ancaman dadah
kerja-kerja yang berfaedah;
Melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti
yang berguna dan berfungsi
kepada masyarakat;
Menjadi rakyat berilmu,
berakhlak mulia dan mengamal
cara hidup sihat dan cergas;
Menyediakan diri untuk mengisi
keperluan wawasan, dan;
Membantu segala usaha bagi
membebaskan negara Malaysia
dari ancaman dadah
LAGU DADAH DURJANA
Dadah durjana
Kau penghancur bangsa
Kau musuh rakyat
Kau musuh negara
Kini kami teguh
Kini kami kuat
Dadah kami tempuh
Hancur dadah jaya rakyat
Korus
Kami anti dadah
Kami benci padamu
Sekutu kita perangi dadah
Mulia bangsa tanpamu
Mari semua, mari saudara
Jangan habiskan usia muda
Semangat bangsa bergelora
Tanpa dadah kita berjasa.
Kau penghancur bangsa
Kau musuh rakyat
Kau musuh negara
Kini kami teguh
Kini kami kuat
Dadah kami tempuh
Hancur dadah jaya rakyat
Korus
Kami anti dadah
Kami benci padamu
Sekutu kita perangi dadah
Mulia bangsa tanpamu
Mari semua, mari saudara
Jangan habiskan usia muda
Semangat bangsa bergelora
Tanpa dadah kita berjasa.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan