Ahad, 22 Mac 2015

Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya PRS 2015

Pelantikan PRS telah diadakan pada 13 Februari 2015. Siapakah PRS ?



APA ITU  PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS):
Prs adalah seorang murid yang berkhidmat dan membantu murid lain terutama mereka yang memerlukan pertolongan dalam mengendalikan masalah. PRS akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan, dan lain-lain. Maklumat yang diberi akan dirahsiakan. PRS dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan perhubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham.
PRS akan diselia dengan teliti oleh Guru Bimbingan dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah selain mereka menolong kawan memahami diri dan masalahnya, PRS sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri.

RASIONAL

Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Ini adalah kerana hubungan di antara pelajar dengan pelajar lebih tidak formal dan dijangka lebihmemahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah saling memahami. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.


MATLAMAT

Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.