GURU :
MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
Peranan guru adalah sangat penting dan mencabar dalam usah menghasilkan modal insan masa depan yang berilmu hidup yang mendatang. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM 2013 – 2025, berhasrat
untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru
merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.
Peranan guru semakin penting mendepani tanggungjawab yang amat besar dan mencabar dalam usaha merelisasikan impian bersama. Guru, perlu sentiasa tabah, kreatif, inovatif dan tidak kenal erti putusasa dan sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dari masa ke semasa.Selamat Hari Guru kepada semua guru -guru dan bakal guru .