Rabu, 23 November 2016

Ujian Aptitud Tahun 3 2016

Ujian Aptitud Am Tahun 3 telah diadakan pada 27 Oktober 2016. Seramai 162 orang murid Tahun 3 Aman, 3 Arif, 3 Amanah, 3 Afdal, 3 Azam dan PPKI telah menduduki ujian tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.










Program Merekayasa PRS, PBSM dan Kelab Pencegahan Jenayah

Menyedari tentang murid-murid SK Dato' Demang Hussin sebagai aset dan modal insan masa hadapan, maka Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Progam Merekayasa Pembimbing Rakan Sebaya, Kelab Pencegahan Jenayah dan Persatuan Bulan Sabit Merah pada 22 November 2016 bagi memperkasakan dan memantapkan mereka sebagai pemimpin kecil sekolah yang mampu mencetus inspirasi kepada semua rakan sebaya.

Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Guru Kelas 5 aman, Kelab Pecegahan Jenayah dan Persatuan Bulan Sabit Merah itu telah disertai oleh 60 orang murid Tahun 4,5 dan 6 dan 6 orang guru pengiring. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Ridzuan Snusi ,Pegawai Kaunseling JPM.













Ahad, 23 Oktober 2016

Program Kolaborasi Kerjaya Daerah Melaka Tengah 2016

Program Kolaborasi Kerjaya Sekolah Rendah Daerah Melaka Tengah telah diadakan pada 18 Oktober 2016 bermula jam 8.00 pagi. Program anjuran Unit Kaunseling SK Dato' Demang Hussin dengan kerjasama Unit HEM Jabatan Pendidikan Melaka turun disertai oleh agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan ceramah dan pameran.
 
Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah pidato, melukis poster, folio kerjaya dan powerpoint kerjaya.  Objektif utama program ialah memperluaskan pengetahuan murid dan keterbukaan dalam merancang kerjaya impian. Selain itu diharap murid lebih bermotivasi untuk belajar dan menggapai kerjaya impian di masa depan.
 
Melukis poster




Sebahagian murid Tahun 6 mendengar ceramah

Ceramah dari pegawai SPRM

Pertandingan p/point kerjaya


Barisan peserta pertandingan pidato kerjaya

Pertandingan Folio Kerjaya

Pegawai dari Perpustakaan Awam Melaka (Hakim Folio Kerjaya)














 
 

Sabtu, 22 Oktober 2016

Lawatan sambil belajar ke Muzium Penjara Banda Hilir, Melaka

Kelab Pencegahan Jenayah dengan kerjsama Unit Bimbingan dan Kanseling telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Penjara Banda Hilir Melaka pada 5 Oktober (Rabu). Seramai 80 orang murid dan 6 orang guru pengiring terlibat dengan lawatan tersebut.
 
Objektif utama program lawatan ialah mendedahkan kepada murid-murid tentang aktiviti di luar bilik darjah dengan melihat sendiri kehidupan sebenar banduan di penjara . Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh pegawai penjara. Selepas itu murid dibahagikan kepada  2 kumpulan dan dibawa melawat persekitaran muzium.
 
Harapan kami, lawatan ini akan memberi kesedaran kepada semua murid supaya menghindari diri dari aktiviti yang tidak sihat.