Dunia kerjaya adalah dunia yang sentiasa berkembang. Pelbagai faktorboleh mempengaruhi perkembangan kerjaya. Proses perkembangan kerjaya berlaku hampir sepanjang hidup kita dan akan membentuk keupayaan untuk melakukan kerja sebagai sebahagian dari gaya hidup. Antara faktor yang telah dikenalpasti sebagai faktor yang mempengaruhi kerjaya seseorang ialah kebolehan intelek, bakat, pengaruhi pendidikan,keperibadian atau personaliti, konsep kendiri dan harga diri, nilai, minat dan jantina.
Kebolehan Intelek:
Kebolehan intelek merupakan faktor terpenting dalam pemilihan kerjaya . Seseorang yang mempunyai daya intelektual yang tinggi juga dikatakan mempunyai motivasi yang tinggi juga. Apabila seseorang itu bekerja dengan pekerja yang mempunyai aya intelektual yang tinggi, maka lazimnya hasil pekerjaannya berkualiti begitu juga sebaliknya.
Bakat :
Prestasi seseorang itu dalam bidang yang diceburi banyak dipengaruhi oleh gabungan bakat atau kebolehan. Setiap pekerjaan mempunyai keperluan yang berbeza. Oleh itu kita dapati setiap pekerjaan biasanya memerlukan kebolehan yang dikenalpasti sebagai syarat kemasukan. Bakat juga dikatakan mempengaruhi tahap kerjaya, latihan dan mutu kerja.