Ahad, 7 Ogos 2016

Program Sehari Bersama Jabatan Penjara

Program sehari bersama Jabatan Penjara telah diadakan pada 4 Ogos 2016. Semua murid lelaki Tahun 3,4,5 terlibat dengan program tersebut bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Ceramah berkaitan disiplin dan tanggungjawab pelajar terhadap peraturan sekolah telah disampaikan oleh Pegawai Penjara dari Sekolah Henry Gurney Melaka. .selain itu diadakan juga pameran dan demonstrasi sebatan oleh pegawai dari Penjara Sg Udang. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat.






Program Perkembangan Awal Remaja 2016

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan program perkembangan awal remaja pada 4 Ogos 2016 (Khamis ) bertempat di Anjung Informasi. Murid-murid perempuan Tahun 3,4, dan 5 terlibat dengan program tersebut.Terima kasih kepada Puan Azni dari Kao kerana sudi hadir dan berkongsi info dan maklumat penting tentang haid dan permasalahannya termasuk cara-cara menjaga kesihatan dan kebersihan semasa haid. Terima kasih juga kepada semua guru-guru dan murid-murid yang terlibat dengan program tersebut.