Sabtu, 3 September 2016

Pentaksiran Psikometrik Inventori Kecerdasan Pelbagai IKeP Tahun 6 2016

Inventor Kecerdasan Pelbagai IKeP Tahun 6 telah diadakan pada 30 Ogos 2016. Seramai 163 orang calon telah menduduki IKeP.






Program Restu Ilmu Tahun 6 sesi 2016

Program Restu Ilmu SK Dato' Demang Hussin telah diadakan pada 26 Ogos bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Program bermula jam 8.00 dan dirasmikan oleh YDP PIBG , Datuk Yusof bin Jantan.

Program dimulakan dengan bacaan doa diketuai oleh Mohd Hasbul Wafi Hazahar, diikuti dengan ucapan penyelaras Tahun 6, Pn Sarjanawati Saleh,  ikrar murid diketuai oleh Mohd Syakir Ismail, lafaz penyerahan dan penerimaa taklif diketuai oleh Ustaz Mohd Adli Daud dan Ikhwan Aiman ( 6H),

Dalam ucapannya Tn Hj Adam mengingatkan kepada semua murid supaya tidak berhenti berusaha demi mencapai kejayaan manakala Datuk Yusof Jantan dengan kerjasama yayasan Bukit Katil akan memberi ganjaran bebentuk wang RM 100 (6A) , RM50 (5A), RM30 (4A-2A)