Ahad, 23 Oktober 2016

Program Kolaborasi Kerjaya Daerah Melaka Tengah 2016

Program Kolaborasi Kerjaya Sekolah Rendah Daerah Melaka Tengah telah diadakan pada 18 Oktober 2016 bermula jam 8.00 pagi. Program anjuran Unit Kaunseling SK Dato' Demang Hussin dengan kerjasama Unit HEM Jabatan Pendidikan Melaka turun disertai oleh agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan ceramah dan pameran.
 
Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah pidato, melukis poster, folio kerjaya dan powerpoint kerjaya.  Objektif utama program ialah memperluaskan pengetahuan murid dan keterbukaan dalam merancang kerjaya impian. Selain itu diharap murid lebih bermotivasi untuk belajar dan menggapai kerjaya impian di masa depan.
 
Melukis poster




Sebahagian murid Tahun 6 mendengar ceramah

Ceramah dari pegawai SPRM

Pertandingan p/point kerjaya


Barisan peserta pertandingan pidato kerjaya

Pertandingan Folio Kerjaya

Pegawai dari Perpustakaan Awam Melaka (Hakim Folio Kerjaya)














 
 

Sabtu, 22 Oktober 2016

Lawatan sambil belajar ke Muzium Penjara Banda Hilir, Melaka

Kelab Pencegahan Jenayah dengan kerjsama Unit Bimbingan dan Kanseling telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Penjara Banda Hilir Melaka pada 5 Oktober (Rabu). Seramai 80 orang murid dan 6 orang guru pengiring terlibat dengan lawatan tersebut.
 
Objektif utama program lawatan ialah mendedahkan kepada murid-murid tentang aktiviti di luar bilik darjah dengan melihat sendiri kehidupan sebenar banduan di penjara . Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh pegawai penjara. Selepas itu murid dibahagikan kepada  2 kumpulan dan dibawa melawat persekitaran muzium.
 
Harapan kami, lawatan ini akan memberi kesedaran kepada semua murid supaya menghindari diri dari aktiviti yang tidak sihat.
 










 

PROGRAM GO GREEN BERSAMA UTEM

Unit Kaunseling skddh telah menjalin kerjasama dengan Insititut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan  Universiti Teknikal Melaka UTEM mengadakan program Go Green pada 18 Oggurus  (Khamis) bertempat di Anjung Informasi. Seramai 156 orang murid Tahun 5 dan guru-guru terlibat dengan program tersebut. Objektif program ialah untuk memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang kepentingan menjaga persekitaran yang bersih dan sihat.
Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zakaria Mohamed dan ucapan aluan dari guru besar skddh Tn Hj Adam Md Dali. Ucapan Timbalan Dekan IPTK Dr Rahman bin Hashim. Ceramah 'amalan gaya hidup lestari' disampaikan oleh Prof Madya Juhari bin Ab Razak.
 
Muid-murid juga berpeluang mendapat hadiah melalui aktiviti soal jawab kuiz. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program tersebut.