Khamis, 30 Mac 2017

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2017

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu ( mentee ) tetapi juga membina hubungan psikologi dan berusha membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Pelancaran Program mentor mentee telah diadakan pada 27 Mac 2017 (Isnin) dan telah disempurnakan oleh Tn Hj Adam Md Dali, guru besar SK Dato' Demang Hussin. Setiap kelas akan diketuai oleh dua orang guru sebagai mentor. Guru-guru dibekalkan dengan fail modul mentor mentee dan borang rujukan kepada unit b&k sekiranya perlu. Mentor perlu mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau mengikut kesesuain masa dan keperluan.

Objektif :
  • Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee
  • Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain
  • Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka