Sabtu, 9 September 2017

Majlis Mohon Restu Ilmu UPSR 2017

Majlis mohon restu ilmu UPSR telah diadakan pada 8 September 2017 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Majlis dimulakan dengan aktiviti bacaan yasin perdana di ketuai oleh Ustaz Hazeriza Talib dan murid Tahun 6.

Objektif utama program ialah untuk memohon keberkatan untuk calon-calon UPSR disamping membina kematangan berfikir, bersyukur dan berterima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang telah emncurahkan ilmu tanpa jemu. 
Seramai 169 orang calon akan menduduki UPSR tahun ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa diketuai oleh Shaheed Abu Hasan      Tahun 6 Aman, diikuti dengan ucapan Puan Rosmawati Sahari yang menyampaikan amanat mewakili guru-guru tahun 6.

Nuryn Nureysha Nomy Nurul dari tahun 6 Aman menyampaikan ucapan mewakili murid-murid Tahun 6. Lafaz penyerahan dan penerimaan taklif diketuai pula oleh Ustaz Mohd Adli Mohd Daud dan Muhammad Musta'in billah Hasyemesyam dari tahun 6 Aman.  Dalam ucapan perasmiaanya Guru Besar menasihatkan murid-murid supaya berusaha melakukan yang terbaik dan termampu untuk menjadi cemerlang samada dalam bidang akademik juga sahsiah di dunia dan akhirat.

Majlis diakhiri dengan penyerahan alat tulis dan bersalaman bersama guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan. Selamat menduduki UPSR kepada semua murid anak didik skddh, semoga menjadi anak yang cemerlang, gemilang di dunia dan akhirat. Anda Hebat !

Sebahagian murid skddh

Pn Rosmawati Othman berucap mengetuai guru-guru Tahun 6

Nuryn mewakili murid Tahun 6 menyampaikan ucapan

Ust Mohd Adli dan Mustainbillah mengetuai penerimaan dan penyerahan taklif baligh tahun 6



Penyampaian alat tulis dan bersalaman