Isnin, 20 Januari 2014

Orientasi Tahun 1 2014

Orientasi Tahun 1 telah diadakan pada 31 Disember 2013 bertempat di Kantin SKDDH. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan Guru Besar Pn Hjh Hasmah Hj Hitam. En Hussin GPK HEM telah memberikan taklimat berkaitan hal ehwal murid.

Dalam program tersebut juga Encik Badrul Hisham, fasilitator LINUS telah menerangkan tentang program PBS dan ibu bapa perlu mengenalpasti tahap anak-anak dan membantu untuk memastikan mereka dapat menguasai 5M.

Selepas taklimat, ibu bapa ke bilik darjah anak masing-masing untuk pendaftaran dan mengambil buku teks. 


En Husin GPK Hem sedang memberikan taklimat

Guru Besar Pn Hjh Hasmah Hj Hitam

 Pn Farah Ailin Mohd, Penyelaras Program Transisi Tahun 1

En Badrul Hisham fasilitator LINUS menerima cenderamata





 Ibu bapa mendaftarkan anak di Tahun 1

Sebahagian ibu bapa yang hadir dalam program orientasi tahun 1

Pn Amalia guru JQAF

Ibu bapa beratur untuk mendapatkan buku teks


Pn Norhuda guru PJK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan