Selasa, 16 September 2014

Selamat Datang UPSR 2014

UPSR datang lagi. Walau dalam berbagai cara, berbagai rupa, dia pasti datang. Sekali seumur hidup setiap rakyat Malaysia yang menduduki alam persekolahan pasti menerima kehadirannya. Dengan lapang dada, gembira, sedikit berdebar, tidak kisah... semuanya bergantung pada niat. Insyallah, jika niatnya baik, ikhlas, belajar demi masa depan, demi ibu bapa yang disayangi, demi negara dan agama yang dicintai. Niat suci sentiasa akan mendapat keberkatan Allah. 
Saya yakin semua murid SKDDH telah bersedia sejak awal. Semua guru yang saya kagumi, bertungkus lumus memastikan murid Tahun 6 tidak ketinggalan walau satu topik pun.... Kalau boleh semua yang diajar masuk dalam kepala, dalam dada.  Selamat menduduki UPSR ........


UPSR ..... kami datang menyambutmu.....








Lawatan Sambil Belajar ke JPAM Melaka

Pelbagai aktiviti lawatan telah dirancang sempena UPSR 2014. Antaranya ialah lawatan sambil belajar ke JPAM Melaka yang diadakan pada 10 September 2014. Lawatan disertai oleh murid tahun 5 dan 6 orang guru pengiring.

Dalam program tersebut murid telah didedahkan dengan aktiviti kawad kaki, MERS 999, demonstrasi menangap ular dan demonstrasi menyelamat. Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata dari skddh dan pihak JPAM sendiri. Terima kasih kepada Tuan Kamil dan rakan-rakan dari JPAM Melaka kerana sudi menerima kehadiran murid SK Dato' Demang Hussin.










Sambutan Hari Malaysia ke 51 (2014)

Sambutan Hari Malaysia kali ke-51 telah diadakan pada hari Jumaat (12 September 2014) Pelbagai acara telah diatur dan dilaksanakan dengan jayanya oleh Jawatankuasa Sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah. Tahniah dan selamat menyambut hari Malaysia.

"Selamat Hari Malaysia ke-51"










Program bacaan Yaasin UPSR 2014

Majlis bacaan Yasin sempena UPSR 2014 telah diadakan pada 4 September (Khamis) bermula jam 6.45 petang. Program dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa, solat Maghrib, bacaan yasin, solat Isya' dan solat hajat. Ibu bapa, murid-murid dan guru yang hadir bersama-sama solat hajat dan mebaca yasin. Program diakhiri dengan jamuan ringan. 








Sabtu, 13 September 2014

Program Restu Ilmu UPSR 2014

Program restu ilmu UPSR telah diadakan pada 8 September 2014 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Seramai 148 orang calon UPSR pada tahun ini. Antara objektif program ialah untuk meraikan murid yang akan menduduki UPSR, memberikan sokongan, motivasi dan semangat . Guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk murid-murid SKDDH.

Dalam program tersebut semua murid Tahun 6 telah dibekalkan dengan set alat tulis juga penanda buku sumbangan Unit Kaunseling. Dalam ucapannya Datuk Yusof Jantan YDP PIBG berjanji akan memberi ganjaran melalui Yayasan Bukit Katil kepada semua murid yang mendapat 3A, 4A dan 5A dalam UPSR kelak.  Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Selamat Menduduki UPSR 2014. Ayuh, selamat menjawab.










Selasa, 9 September 2014

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2014


Doa saya mengiringi anda semua


Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Dato' Demang Hussin, Km 9 Bukit Katil, Melaka ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua calon UPSR khususnya murid SKDDH. Akhirnya... setelah 6 tahun membilang keringat, menyulam ilmu, sampai masanya untuk menuai budi.....

Tiada saat yang paling indah bagi seorang guru selain mendoakan kesejahteraan dan keberkatan untuk semua anak muridnya tatkala mereka melangkah kaki ke dewan peperiksaan. Macam-macam perasaan.... gembira.. sebak... teruja... tak boleh melelapkan mata dan macam-macam perasaan, seolah-olah yang akan menduduki peperiksaan tersebut adalah anak cikgu sendiri..... (Walhal anak cikgu juga sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM ) Inilah sebahagian dari rentetan perasaan seorang guru..... sama seperti ibu bapa yang turut hadir memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.

Cikgu ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa yang dapat meluahkan masa, mengambil cuti ,,,, semata-mata untuk bersama anak-anak mereka. Bahagianya .........seakan menyuntik semangat kepada anak-anak apabila melihat ibu bapa turut hadir... memberikan sokongan... membaca yasin dan solat hajat setiap kali peperiksaan. Mudah-mudahan usaha murni ini sentiasa mendapat keberkatan dari Illahi. Insyallah.

Bagi murid-murid yang ibu bapanya tidak dapat hadir, jangan bermuram durja, ibu bapa mana yang tidak ingin melihat kejayaan dan keberkatan untuk anak-anak. Mungkin masa tidak mengizinkan ... kekangan tugas dan lain-lain yang mungkin tidak mudah difahami oleh anak-anak. Namun cikgu sentiasa ada bersama-sama... setiap kali melihat senyuman guru-guru... Cikgu Haliza , Cikgu Sarjanawati, Cikgu Dalena, Cikgu Norhamdah (yang masih lagi bersemangat walaupun bakal meniti usia bersara )  dan semua guru walaupun tidak mengajar Tahun 6. Syabas cikgu.semangat beginilah yang diperlukan oleh anak-anak kita sepanjang mereka sedang berjuang demi masa depan.....

Setiap kali murid melangkah keluar dari dewan, cikgu tertinjau-tinjau untuk melihat reaksi murid-murid. Ada yang gembira, berkerut muka dan lain-lain reaksi yang membuatkan cikgu tak senang duduk. Dalam tempoh 3 hari peperiksaan UPSR ini guru-guru juga berkongsi debaran bersama ibu bapa dan murid-murid. Walau apapun cikgu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk murid-murid SKDDH..... 


Selamat Maju Jaya


Re: 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~