Ahad, 26 Julai 2015

Program Persiapan Menghadapi UPSR 2015

Peperiksaan percubaan UPSR akan menjelang tiba. Justeru, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mendedahkan kepada semua murid Tahun 6 tentang tips-tips persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. Taklimat telah disampaikan oleh Pn Hjh Rohayah Bakar , guru b&k. Murid telah didedahkan  tentang panduan sebelum menjelang  peperiksaan, seminggu, sehari dan sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan . Selamat menjalani ujian percubaan UPSR kepada 156 orang murid tahun 6. Semoga  semuanya berjalan lancar dan murid akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan tenang. Jangan lupa memohon doa dari Illahi dan mohon restu kedua ibu bapa juga guru-guru. Kai guru-guru SKDDH mendoakan yang terbaik untuk murid SK Dato' Demang Hussin.

Selamat Berjuang
 







Program Kembara Guru Penyayang Sempena Ramadhan 2015

Program kembara guru penyayang telah dapat diadakan untuk tahun ke-2 pada 10 Julai (Jumaat) dan 13 Julai (Isnin) 2015. Program ini bertujuan menghulurkan bantuan makanan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, tepung, gula dll dan wang ringgit untuk meringankan beban murid-murid yang miskin di SKDDH. Seramai 20 orang murid telah dipilih untuk menerima bantuan tersebut.

Unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama badan kebajikan murid dan guru pemulihan telah menghantar sendiri barangan tersebut hasil sumbangan guru-guru dan kakitangan sekolah yang turut disertai oleh Datuk Yusof Jantan YDP PIBG dan guru besar.

Tujuan program ini diadakan disamping membantu murid yang memerlukan juga dapat melihat sendiri kehidupan seharian murid-murid dengan menziarahi mereka di rumah. Dengan cara itu, kita akan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan keibubapaan dan p&p. Kunjungan itu juga akan dapat mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan guru-guru.















Program Marhaban dan sambutan hari raya aidil fitri peringkat sekolah 2015

Sempena meraikan bulan syawal yang mulia dan mengimarahkan program marhaban, SK Dato' Demang Hussin telah mengadakan sambutan hari raya aidil fitri dan program marhaban peringkat sekolah pada 25 Julai 2015 ( 9 Syawal ). Walaupun program p& p berjalan seperti biasa namun kemeriahan sambutan syawal tetap dirasai dan diraikan oleh semua warga sekolah terutama murid-murid skddh yang hadir ke sekolah pada hari itu. Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang berpeluang menyediakan juadah hari raya yang enak. Murid-murid sangat teruja menikmati juadah hari raya terutama murid yang terlibat dengan aktiviti marhaban kerana mereka juga menerima bunga telur dan duit raya dari guru-guru. Semoga program ini akan dapat diteruskan di masa akan datang kerana dapat memupuk kasih sayang dalam kalangan warga sekolah disamping mengeratkan silaturrahim. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama Panitia Agama Islam yang aktif......











Rabu, 15 Julai 2015

PROGRAM MEMUPUK KASIH SAYANG DI RUMAH SRI KENANGAN CHENG MELAKA

Unit Bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama Panitia Siviks dan Kewarganegaraan telah berkolaborasi mengadakan program memupuk kasih sayang dalam kalangan warga emas dan murid-murid Tahun 6 SK Dato' Demang Hussin, Bukit Katil, Melaka. Program yang julung kali diadakan bertujuan  mendidik murid-murid dan warga sekolah supaya menghargai dan menyayangi warga emas.

Mendengar taklimat berkenaan perjalanan Rumah Sri Kenangan Cheng Melaka oleh  penyelaras


Sebahagian guru pengiring



Tambah kapsyen




Berpeluang solat zohor dan melawat masjid cina di Stadium Hang Jebat Melaka


Ahad, 12 Julai 2015

LAWATAN ILMU KE SEKOLAH IMTIAZ ULUL ALBAB MELAKA

Unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama Panitia Siviks dan Kewrganegaraan telah mengadakan program lawatan ilmu Tahun 6 ke Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka.Program disertai oleh 60 orang murid Tahun 6 dan 6 orang guru pengiring.

Objektif utama program ini ialah untuk menyuntik semangat murid Tahun 6 supaya lebih bermotivasi untuk belajar dan melanjutkan pelajar ke sekolah berasrama penuh.  Kehadiran kami disambut dengan alunan ayat suci al-quraan, nasyid dan taklimat yang disampaikan oleh guru besar,guru penolong kanan HEM dan kurikulum. Terima kasih kepada semua warga Imtiaz.


PROGRAM 3S (SENYUM, SAPA DAN SALAM)

Sempena kehadiran Ramadhan Al-Mubarak, Unit bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah melancarkan program 3S (senyum, sapa dan salam) pada 29 Jun 2015 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Program ini diadakan bertujuan menanam nilai murni dalam kalangan warga sekolah terutama murid-murid.  Budaya senyum, bertegur sapa dan memberi salam wajar ditanam dalam jiwa murid-murid supaya nilai murni menjadi amalan hidup seharian.  

Guru Besar Pn Hjh Hasmah Hitam telah merasmikan program tersebut. Semua PRS,  ketua darjah dan penolong ketua darjah telah disematkan dengan lencana 3S sebagai duta program 3S. Terima kasih kepada semua jawatankuasa, guru-guru dan murid-murid yang telah menyumbang usaha dan tenaga untuk program tersebut.

Sebahagian PRS yang terlibat



Guru Besar dan GPK bergambar selepas majlis perasmian



murid yang terlibat dengan persembaan

Bergambar bersama guru dan j/kuasa program

Ketua darjah menerima kad 3S untuk ditampal di dalam bilik darjah

Penlong Ketua Pengawas menyematkan lencana 3S kepada Guru Besar
Persembahan nasyid emnyerikan majlis