Ahad, 26 Julai 2015

Program Kembara Guru Penyayang Sempena Ramadhan 2015

Program kembara guru penyayang telah dapat diadakan untuk tahun ke-2 pada 10 Julai (Jumaat) dan 13 Julai (Isnin) 2015. Program ini bertujuan menghulurkan bantuan makanan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, tepung, gula dll dan wang ringgit untuk meringankan beban murid-murid yang miskin di SKDDH. Seramai 20 orang murid telah dipilih untuk menerima bantuan tersebut.

Unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama badan kebajikan murid dan guru pemulihan telah menghantar sendiri barangan tersebut hasil sumbangan guru-guru dan kakitangan sekolah yang turut disertai oleh Datuk Yusof Jantan YDP PIBG dan guru besar.

Tujuan program ini diadakan disamping membantu murid yang memerlukan juga dapat melihat sendiri kehidupan seharian murid-murid dengan menziarahi mereka di rumah. Dengan cara itu, kita akan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan keibubapaan dan p&p. Kunjungan itu juga akan dapat mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan guru-guru.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan