Khamis, 15 Mac 2018

Ceramah antidadah dan rokok sempena minggu PPDa 2018


Pembangunan modal insan adalah bermula dari alam persekolahan. Usaha membentuk keperibadian mulia dalam kalangan murid sekolah adalah menjadi tanggungjawab semua peringkat kepimpinan

MATLAMAT:
Memberi kesedaran kepada semua murid dan warga sekolah tentang penyalahgunaan dadah dan perlakuan jenayah dan kesannya dan memahami peranan dan tugas masing-masing dalam pelaksanaan strategi dan pelan tindakan di peringkat sekolah untuk membendung gejala tersebut

OBJEKTIF:
Memberi kesedaran dan kefahaman kepada warga sekolah tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan tingkahlaku jenayah
Menjadi panduan kepada pihak sekolah dalam membina dan menguatkuasa peraturan
 sekolah
Mendisiplinkan murid supaya berupaya menjadi individu yang bertanggungjawab , mematuhi peraturan dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan rokok
Berusaha memahami diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang positif
Mewujudkan masyarakat sekolah yang bertatasusila, adil, berdisiplin dan mempunyai harga diri dalam masyarakat yang bergerak seiring dengan arus kemajuan negara









Pelancaran Program Mentor Mentee 2018


Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara

OBJEKTIF:

· Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat
       menghormati antara mentor dan mentee.
· Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
·  Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka

RASIONAL:
1. Setiap murid mempunyai kebolehan membangun pontensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor
2. Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan  kehidupan yang sudah pasti memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan

SASARAN:
Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SK Dato’Demang Hussin

Pelancaran mentor mentee telah diadakan pada 2 Mac 2018







 

Ahad, 18 Februari 2018

Program pengurusan masa Tahun 6 2018








Pelantikan Pemimpin Muda 2018


Majlis penyerahan watikah pelantikan pemimpin muda 2018 telah diadakan pada 12 Februari 2018  bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Tahun 2018 diadakan bertujuan melantik mereka secara rasmi sebagai orang yang bertanggungjawab dalam tugas masing-masing disamping melatih mereka menjadi pemimpin yang membantu guru melaksanakan semua peraturan sekolah

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu patriotic, bacaan doa, ucapan guru besar dan ucapan perasmian oleh Koperal Mohammad Ariff bin Alham, pegawai perhubungan sekolah.

Majlis diteruskan dengan penyerahan watikah pelantikan dan pemeriksaan barisan.  Ikrar pemimpin muda telah diketuai oleh ketua pengawas sekolah.

Rumusan:
Majlis telah berjalan dengan lancer seperti yang telah dirancang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama.

Bergambar selepas majlis pelantikan

Murid yang terlibat dengan pelantikan




Ketua pengawas mengetuai bacaan ikrar

Pelancaran Program Guru Penyayang dan Jom Ke Sekolah 2018


Pelaksanaan Guru Penyayang bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Program Jom Ke sekolah merupakan program Kolaboratif antara KPM dan PDRM dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Komintmen antara KPM, PDRM dan sekolah dalam menguatkuasakan undang-undang akan mencegah dan mengurangkan salah laku murid selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang

Pelancaran program guru penyayang dan jom ke sekolah telah diadakan pada 29 Januari 2018 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Program dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan doa, sketsa, ucapan penyelaras program, En Mohd Bakri Che Amin.

Selepas itu Tn Hj Adam telah menyampaikan ucapan diikuti dengan Datuk Yusof Jantan, YDP PIBG.  Puan Mariani Abdullah, ketua unit perjawatan dan perkhidmatan JPM telah membacakan perutusan pengarah pelajaran Melaka sempena pelancaran guru penyayang.

Gimik Perasmian ialah pemakaian lencana guru penyayang kepada jemputan , guru besar, gpk dan guru bertugas diiringi dengan muzik latar guru penyayang. Seterusnya Puan Mariani Abdullah telah menyampaikan  kad dan hadiah hari lahir kepada murid terpilih.
                       
 Rumusan:
Program telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang kerana mendapat kerjasama dari semua pihak.

Bergambar selepas majlis perasmian

Perasmian oleh Pn Mariani Abdullah, Ketua Unit Perjawatan JPM Melaka

Sketsa 'Anakku Samat Ali'

Guru Besar Tn Hj Adam Md Dali

YDP PIBG Datuk Yusof bin Jantan


Pelantikaan PRS dan Ketua Darjah 2018



Majlis pelantikan pembimbing rakan sebaya dan ketua darjah 2018 telah disempurnakan pada 22 Januari 2018 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam.  Seramai 37 orang ketua darjah dan 27 orang PRS terlibat dengan program tersebut.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan ikrar rukunegara,diikuti dengan bacaan ikrar PPDa diketuai oleh Cikgu Mohd Bakri Che Amin. Hebahan PPDa telah dibuat oleh Hjh Rohayah Bakar.

Tujuan majlis ialah untuk mengiktiraf murid-murid yang telah dilantik secara rasmi dan supaya menjadi teladan kepada semua murid-murid yang lain

Watikah pelantikan telah disampaikan oleh guru besar Tn Hj Adam Md Dali. Selepas itu bacaan ikrar PRS diketuai oleh Saidatul Umairah, ketua PRS 2018. Dalam ucapannya guru besar berharap supaya murid-murid yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan jujur.


Majlis telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan menyumbang tenaga menjayakan majlis ini.

Ketua darjah Tahun 6 Aman



Bacaan ikrar PRS diketuai oleh Ketua PRS, Nursaidatul Umairah

Perasmian oleh Tn Hj Adam Md Dali

Penyampaian cenderamata