Jumaat, 11 Oktober 2013

Sehari Bersama Polis Trafik

Sempena minggu eksplorasi kerjaya, unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan program bersama polis trafik pada 9 Oktober 2013 bermula jam 8.30 pagi. Program diadakan dianjung informasi dan disertai oleh semua murid Tahun 6.


Selain ceramah berkaitan kerjaya polis trafik diadakan juga pameran berkaitan keselamatan jalan raya. Kami mengharapakan program tersebut akan mencetus rasa insaf dan tanggungjawab dalam kalangan murid-murid dan harapan kami semoga suatu hari nanti akan lahir baris pegawai polis trafik yang berkaliber, berintegriti dan suka menolong sesama manusia.

 Pegawai polis trafik Sarjan Mejar Halim serius memberikan ceramah

 Sebahagian murid gembira mendengar ceramah keselamatan jalan raya

 Terima kasih tuan sarjan

 Menyaksikan pameran keselamatan jalan raya


Selasa, 8 Oktober 2013

Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2013

Perkhemahan unit beruniform telah diadakan pada  4 dan 5 Oktober 2013 bertempat di Padang SK Dato Demang Hussin. Seramai 150 orang murid yang terdiri dari Pergerakan Puteri Islam, Pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja, Tunas Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah telah terlibat dengan program ini. Antara aktiviti yang telah diajalankan ialah pertandingan mendirikan khemah, pertandingan memasak, malam kebudayaan, kawad kaki dan pertolongan cemas.

Pergerakan Puteri Islam
 




Persembahan malam kebudayaan

Persembahan aci-aci buka pintu

Program Bersama MARDI Melaka

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Kemahiran Hidup tahun 2013 telah mengadakan program bersama MARDI pada 7 Oktober 2013 jam 8.30 pagi. Seramai 156 orang murid tahun 6 dan guru-guru Kemahiran Hidup terlibat dengan program tersebut.

Dalam program ini murid dan guru telah didedahkan dengan teknologi terbaharu dan demontrasi membuat tapai pulut juga demonstrasi  menanam sayur-sayuran dan buah-buahan menggunakan teknologi green kit.

Encik Menhat dari MARDI sedang menunjukkan cara  membuat tapai pulut
Sebahagian guru yang terlibat bersama kakitangan MARDI
Sebahagian murid tahun 6 yang terlibat dengan program bersama MARDI
Teknik menanam sayur-sayuran menggunakan green kit



Program Sehari Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Melaka

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Program Selepas UPSR 2013 telah mengadakan program Sehari bersama SPRM. Program ini bertujuan mendedahkan murid-murid tahun 6 berkaitan perundangan, punca , kesan, dan simptom serta langkah-langkah untuk mengatakan tidak kepada rasuah . Harapan kami program ini akan dapat membekalkan maklumat secukupnya untuk membentuk jati diri yang kuat dan menjadi warganegara yang berintergriti di masa akan datang.


Isnin, 7 Oktober 2013

Lawatan Sambil Belajar ke Akademi Kastam Melaka

Lawatan sambil belajar ke Akademi Kastam Melaka (AKMAL) telah diadakan pada 3 Oktober 2013 sempena Minggu Eksplorasi Kerjaya tahun 2013. Lawatan telah disertai oleh seratus orang murid Tahun  6 Aman dan Tahun 6 Arif. Harapan kami murid mendapat maklumat berkaitan kerjaya sebagai seorang anggota kastam.


Program sepagi bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Melaka

Program sepagi bersama pasukan bomba merupakan salah satu aktiviti yang dirancang sempena Minggu Eksplorasi Kerjaya tahun 2013. Program yang diadakan pada 7 Oktober 2013 bermula jam 9.00 pagi.

Murid tahun 5 mencuba menaiki tangga kereta bomba

Murid gembira merasa menaiki kereta bomba
 



Encik Omar  sedang menyampaikan ceramah








Rabu, 2 Oktober 2013

Program Perkembangan Remaja bersama Laurier 2013

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Dato Demang Hussin dengan kerjasama Laurier telah mengadakan ceramah berkaitan perkembangan remaja khusus untuk murid-murid perempuan Tahun 4,5 dan 6.  Ceramah telah diadakan pada 1 Oktober 2013 bersamaan hari Isnin bertempat di Anjung Informasi skddh. Seramai 227 orang murid terlibat dengan program tersebut.