Sabtu, 1 Februari 2014

Sambutan Maulidurasul 2014 ( 1435H) Peringkat Sekolah

Sambutan maulidurasul peringkat sekolah telah diadakan pada Jumaat 24 Januari bermula jam 8.00 pagi. Majlis diadakan di Balai Datuk Ali Rustam dan dimulakan dengan bacaan yaasin perdana oleh seluruh warga skddh. Ustaz Hazeriza Talib juga telah menunjukkan bakat terpendam dengan menyampaikan ta
zkirah perdana (Bakal pencetus ummah Riza).

Forum perdana yang disampaikan oleh bakal pemimpin negara dari skddh juga amat menarik minat. Mereka mengupas tentang sejarah hidup rasullah SAW. Persembahan nasyid oleh murid lelaki juga menarik perhatian murid-murid. Majlis diakhiri dengan perarakan oleh semua warga sekolah. Tahniah kepada Panitia Agama Islam SKDDH yang sangat komited dan aktif...

"Wasatiyyah Tonggak Kesejahteraan Ummah"


Forum Perdana murid Tahun 6
Sebahagian murid gembira menyambut maulidurrasul
Persembahan nasyid
Perarakan maulidurrasul

Guru juga gembira mengambil bahagian dalam perarakan maulidurrasul

Perjumpaan guru dan Ibu Bapa Tahun 6 sesi 2014

Majlis perjumpaan guru dan ibu bapa tahun 6 sesi 2014 telah diadakan pada 27 Januari 2014 bermula jam 2.00 petang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hazeriza Talib . Dalam ucapan aluannya puan guru besar meminta ibu bapa supaya sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semua guru untuk memastikan murid-murid tahun 6 akan cemerlang dalam sahsiah dan pelajaran.

Majlis juga diserikan dengan perasmian YDP PIBG Datuk Yusuf bin Jantan yang membicarakan tentang sarana ibu bapa. Pentingnya peranan ibu bapa dalam menyumbang tenaga, masa, komitmen untuk mencipta kecemerlangan anak-anak. 

Dalam majlis tersebut juga diadakan taklimat mata pelajaran yang dimulakan dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Harapan kami dengan kolaborasi ini ibu bapa dan murid akan mendapat maklumat secukupnya tentang peperiksaan UPSR dan mencanai ilmu ke arah yang lebih baik di masa akan datang. Insyallah....

"Sucsess UPSR 2014"

Taklimat Bahasa Inggeris oleh Pn Hasni Karim
Taklimat Bahasa Melayu oleh Pn Ramlah Mustakim
Taklimat Sains oleh Pn Ruziati Tukiran
Taklimat Matematik oleh Pn Sarjanawati Saleh
Guru Besar menyampaikan cemderamata kepada Datuk Yusuf bin Jantan YDP PIBG

Sebahagian ibu bapa yang hadir
Sebahagian guru yang hadir


Jumaat, 31 Januari 2014

Pelantikan Pemimpin Muda 2014

Majlis pelantikan pengawas, pengawas 3K, dan Siber telah diadakan pada 27 Januari 2014 bermula jam 8 pagi. Majlis telah disertai oleh 70 orang pengawas, 15 pengawas 3K dan 30 orang pengawas Siber. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar Pn Hjh Hasmah Hj Hitam. 

Selepas watikah pelantikan bacaan ikrar diketuai oleh ketua pengawas Mohd Nabil Mukhri. Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

penyampaian watikah pelantikan
Ketua pengawas mengetuai bacaan ikrar
Sebahagian murid yang terlibat dengan pelantikan
pengawas perempuan bergambar bersama Guru besar
Pengawas 3K bergambar bersama

Sabtu, 25 Januari 2014

Merentas Desa 2014

Program merentas desa SK Dato Demang Hussin telah diadakan pada 21 Januari 2014 bermula jam 2.30 petang. Pelepasan peserta yang terdiri dari Rumah hang Tuah, Hang Jebat, Hang Nadim dan Hang Kasturi telah disempurnakan oleh guru besar  Pn Hjh Hasmah Hj Hitam.

Rumah hang Kasturi telah menjuarai acara merentas desa tahun ini. Tahniah.....

Guru Besar melepaskan peserta merentas desa
Senamrobik sebelum aktiviti bermula
Guru mengetuai aktiviti senamrobik
Murid perempuan bersedia untuk berlari
Datuk Yusof Jantan YDP PIBG merasmikan program merentas desa
Sebahagian murid yang terlibat
Tahniah 
Tahniah
 Tahniah ! Hang Kasturi


Khamis, 23 Januari 2014

Pelancaran guru penyayang 2014

Program Guru Penyayang tahun 2014 telah dilancarkan dengan rasminya pada 20 Januari 2014 bermula jam 8.00 pagi. Tujuan program ini diadakan untuk memberi maklumat kepada semua guru dan murid tentang pentingnya sifat penyayang seorang guru kepada murid sebagai aset yang penting kepada sekolah.Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar Pn Hjh Hasmah Hj Hitam dan penyampaian kad ucapan hari jadi kepad 5 orang murid. Gimik perasmian ialah penyampaian sejambak bunga oleh Norazam kepada guru yang paling disukainya iaitu Pn Rahayu Norazura Mohamad. Tahniah kepada guru yang sentiasa menjadi idola dan disayangi oleh murid-murid. Bakti yang dicurah bak air sungai mengalir tanpa henti........
Selamat Hari Lahir
Guru yang paling ku sayangi
Bergambar selepas majlis perasmian guru penyayang
Hjh Hasmah merasmikan program guru penyayang







Selasa, 21 Januari 2014

Pelantikan ketua darjah 2014

Watikah pelantikan ketua darjah tahun 2014 telah disempurnakan pada 20 Januari bermula jam 8.00 pagi. Seramai 34 orang ketua darjah telah menerima watikah daripada guru besar Pn Hjh Hasmah Hj Hitam.


Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia 2014

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia 2014 telah diadakan pada 21 Januari 2014 , Hari Selasa bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Majlis telah disempurnakan oleh Mantan Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu.

 Pendaftaran ibu bapa

 Gembira menerima bantuan khas


Penyampaian bantuan khas awal persekolahan
 
 Guru mengira wang bantuan khas