Selasa, 19 Ogos 2014

Tema Hari Kemerdekaan ke 57 : MALAYSIA..... Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

Majlis Penyerahan Pakaian Hari Raya 2014

Badan Kebajikan Murid SK Dato Demang Hussin dengan kerjasama badan korporat dan individu yang bermurah hati telah mengadakan majlis penyampaian pakaian hari raya kepada 10 orang murid miskin yang terpilih. Tujuan program diadakan supaya murid yang kurang berkemampuan  dapat menikmati kemeriahan hari raya seperti rakan-rakan yang lain.




Isnin, 18 Ogos 2014

Program Mencari Permata Dan Pemurnian Diri Tahun 6

Program Mencari Permata dan Pemurnian Diri Tahun 6 telah diadakan seperti yang telah dirancang. Program diadakan sebanyak 2 sesi iaitu sesi 1 ( Tahun 6 Amanah dan 6 Afdal) manakala sesi 2 (Tahun 6 Aman dan 6 Arif). Program yang diadakan pada 15 & 16 Ogos dan 22 & 23 Ogos bertempat di Hotel Super Cowboy Melaka.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran dan motivasi kepada murid-murid tentang peluang mereka untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR. Program dikendalikan dengan menggunakan kombinasi kaedah latih tubi, bimbingan kelompok dan motivasi berdasarkan pendekatan teori yang dipelajari serta gerak kerja kumpulan sepanjang program sesuai dengan mentaliti dan peringkat umur murid.





SK DATO DEMANG HUSSIN, BUKIT KATIL, MELAKA

PROGRAM MENCARI PERMATA DAN PEMURNIAN DIRI UPSR TAHUN 2014

TARIKH : 15 & 16 OGOS 2014 ( TAHUN 6 AMANAH DAN 6 AFDAL)
                : 22 & 23 OGOS 2014 ( TAHUN 6 AMAN DAN 6 ARIF)

TENTATIF PROGRAM:  (HARI JUMAAT)

2.30 petang                        berkumpul dan bertolak dari SK Dato Demang Hussin ke Hotel Cowboy

3.00 petang                        bengkel kecemerlangan bahasa

5.00 petang                        minum / solat asar (pemurnian diri 1 – JAZIM)

6.00 petang                        riadah diri

7.00 malam                         urus diri/ makan malam / solat maghrib ( pemurnian diri 2 –JAZIM)

8.00 malam                         bengkel kecemerlangan matematik

10.00 malam                       program kau permata ayah bonda (JAZIM)

12.00 malam                       rehat diri


TENTATIF PROGRAM :  (HARI SABTU)

5.30 pagi                              qiamulail / solat subuh (pemurnian diri 3 – JAZIM)

7.30 pagi                              cergas diri (JAZIM)

8.00 pagi                              sarapan pagi

8.30 pagi                              bengkel kecemerlangan Bahasa Inggeris

10.30 pagi                            bengkel kecemerlangan sains

12.30 T/H                             majlis perasmian penutup

1.00 petang                        makan Tengah Hari / bersurai
                                                (bertolak ke SKDDH)




Sebahagian murid Tahun 6H dan 6L


















Program Khatam A-Quraan Sempena Bulan Ramadhan

Program khatam al-quraan Ramadhan telah diadakan pada 24 Julai 2014 ( 26 Ramadhan 1535 H). Program yang diadakan di Balai Datuk Ali telah disertai oleh semua murid Tahun 5, 6. Dalam ucapan perasmiannnya  Guru Besar mengingatkan semua murid supaya sentiasa mengamalkan dan menghayati isi kandungan al-Quraan.





Ahad, 17 Ogos 2014

Jamuan Hari Raya Pergerakan Puteri Islam

Sempena bulan Syawal, Pergerakan Puteri Islam telah mengadakan sambutan Hari Raya pada 7 Ogos 2014 jam 10.35 pagi bertempat di Anjung Informasi. Semua ahli PPI tahun 4,5, dan 6 juga guru pemimpin telah menghadirkan diri .Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf zahir dan batin.




Majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat

Majlis bacaan yasin dan solat hajat Tahun 6 bersama guru dan ibu bapa telah diadakan pada 25 Julai 2014. Majlis telah diadakan bermula jam 8.00 pagi di Balai Datuk Ali Rustam. Terima kasih kepada ibu bapa yang dapat menghadirkan diri.





Program di ambang Syawal

Sempena kehadiran bulan syawal, guru-guru dan kakitangan SK Dato' Demang Hussin telah bergotong royong menganyam dan merebus ketupat iaitu makanan tradisional Melaka untuk diagihkan kepada semua guru dan pekerja skddh. Semua guru yang berkemahiran menganyam ketupat telah bergotong royong menganyam ketupat . Program yang julung kali diadakan ini selain bertujuan meraikan kehadiran bulan syawal  juga akan merapatkan hubungan silaturrahim antara sesama warga. Program menganyam dan merebus ketupat telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Kelab Guru diadakan pada 23 Julai 2014 (Rabu). Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang telah membantu dan menjayakan program tersebut.