Ahad, 23 November 2014

Hari Kualiti 2014

Hari Kualiti skddh telah diadakan pada 20 Nov 2014 bermula jam 10 pagi. Tujuan majlis diadakan ialah untuk memberi penghargaan kepada semua murid yang telah berjaya dan mengharumkan nama sekolah samada dalam bidang kurikulum atau ko kurikulum.Majlis telah disempurnakan oleh YDP PIBG Datuk Yusuf Jantan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru skddh.


















Majlis Graduasi Tahun 6

Majlis Graduasi Tahun 6 telah diadakan pada 13 Nov bermula jam 10 pagi. Murid-murid dan guru-guru Tahun 6 telah berkumpul di Balai Datuk Ali Rustam untuk majlis graduasi tersebut. Setiap murid telah menerima sijil graduasi dari Guru Besar termasuk semua guru tahun 6. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan majlis tersebut.






Khamis, 13 November 2014

Karnival Jualan Tahun 6 (2014)

Karnival jualan tahun 6 adalah salah satu aktiviti yang dirancang oleh Panitia Matemaik  untuk aktiviti slepas UPSR. Tujuan program ialah untuk menanam sifat usahwan dalam diri setiap murid disamping memupuk semangat kerjasama , toleransi dan mencintai matematik dalam aktiviti yang dilakukan seharian. Program yang diadakan pada 7 November 2014 (Jumaat) itu telah berjalan dengan lancar dan disertai oleh semua murid Tahun 6 Aman, 6 Arif, 6 Amanah dan 6 Afdal. Tahniah kepada Panitia Matematik dan semua murid tahun 6.












Lawatan Kerjaya : Kolej Perubatan Manipal Melaka

Sebagai salah satu dari aktiviti selepas UPSR diadakan lawatan kerjaya ke Kolej Perubatan Manipal Melaka pada  6 Nov 2014 bermula jam 8.00 pagi - 12.35 Tengah Hari. Lawatan disertai oleh oleh 5 orang guru pengiring dan 84 orang murid. 

Murid di bawa melawat persekitaran Kolej Perubatan Manipal   termasuk bilik simulasi dan klinik pergigian. Murid-murid teruja melihat sendiri dan mengetahui cara-cara untuk menjadi seorang doktor perubatan atau doktor pergigian.

















Ceramah kerjaya: Aku seorang penulis

Program membaca 1Malaysia diadakan bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan warga skddh khususnya murid-murid. Justeru, telah diadakan pameran, jualan buku juga taklimat kerjaya : aku seorang penulis pada 5 November 2014 bertempat di Anjung Informasi. Program bermula jam 11.05 lagi. Ceramah disampaikan oleh abang Man Wan dari Blink Blink Publication. Abang Man Wan telah berkongsi pengalaman dan ilmu untuk menjadi seorang penulis buku samada genre kanak-kanak, fiksyen atau ilmiah. Semoga  suatu hari nanti akan lahir penulis yang berkaliber dari skddh. Insyallah.





Program membaca 1Malaysia

Program Membaca 1Malaysia telah diadakan pada 5 November 2014 bemula jam 7.35 pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar Pn Hjh  Hasmah Hitam. Turut diadakan ialah wakaf buku juga pameran, jualan  dan kerjaya penulis dari Blink Blink Production.

En Abd Halim memberi taklimat tentang buku keluaran Blink Blink Production



Wakaf buku




Jawatankuasa program Membaca

Terima kasih En Abd Halim