Sabtu, 31 Januari 2015

Majlis Pelantikan Pemimpin Muda skddh 2015

Majlis pelantikan pengawas, pengawas pusat sumber, ketua darjah, pengawas siber dan pengawas 3K telah diadakan pada Hari Isnin 19 Januari 2015. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar Pn Hjh Hasmah Hitam . Seramai 208  murid terlibat dengan majlis pelantikan itu dengan temanya pemimpin hari ini adalah tunjang negara di masa depan.Antara objektif pelantikan ialah :



· Mengiktiraf pelajar yang dilantik supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih bertanggungjawabdan membantu guru melaksanakan semua peraturan sekolah

· Memperkenalkan pelajar yang telah dilantik kepada semua guru dan murid-murid


· Memperkasa minda dan memotivasikan  pelajar yang dilantik supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih amanah dan bertanggungjawab.

· Membimbing murid-murid supaya lebih mematuhi semua peraturan sekolah.

Tahniah kepada semua murid yang telah dilantik dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. 


 






Pengawas Pusat Sumber


Ketua Darjah

Pengawas 3K

Pengawas Siber

Pengawas   

Ahad, 25 Januari 2015

Bantuan Wang Persekolahan 1Malaysia

Bantuan wang persekolahan 1Malaysia telah diadakan pada Hari Khamis 15 Januari 2015 bertempat di Balai Datuk ali Rustam. yang berbahagian Datuk Yusof Jantan YDP PIBG, telah hadir merasmikan dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada semua murid Tahun 6. Turut hadir ialah Pegawai Seranta JPN Puan Rosziah Yahaya dan Encik Achim Samat, Pengerusi JKKK Bukit Katil.





Ahad, 18 Januari 2015

Pelancaran Guru Penyayang Tahun 2015

Pelancaran guru penyayang telah diadakan pada 12 Januari 2015. Program yang diadakan di Balai Datuk Ali Rustam telah dirasmikan oleh guru Besar Pn Hjh Hasmah Hitam. Seramai 12 orang murid telah menerima cenderamata dan kad hari lahir sebagai gimik perasmian.


Tujuan:
Pelaksanaan Guru Penyayang bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah

Konsep:
Penyayang bermaksud perbuatan/perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan dan menghormati orang lain. Guru perlu bersifat kepedulian (Concern) terhadap semua perkara yang berkaitan dengan murid (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, ceria, prihatin dan sabar.

Guru Penyayang menjiwai bahawa murid merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Membudayakan amalan penyayang merupakan Sifat Profesional Guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Objektif:

Objektif Guru Penyayang:
· Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru
· Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
· Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah
· Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat sekolah

Aktiviti:
· Mengalu-alukan kehadiran murid
· Pelaksanaan Program Mentor Mentee
· Memberi penghargaan kepada murid( Hari Lahir/Hari Kualiti/Hari Kanak-kanak/sumbangan hari raya dll)


Program:
Mengalu-alukan Kehadiran Murid Ke Sekolah

Aktiviti:
i. Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah

Kaedah:

  • · Menyambut kehadiran murid;
             1. Penampilan guru kemas dan ceria
             2. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid
             3. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid


  • · Membuat sapaan;
1. memberi salam dan menyambut salam
2. Lambaian pulang
3. Bertanya khabar

Aktiviti:
ii.Guru mengambil peduli terhadap murid semasa di sekolah

Kaedah:
· Interaksi Guru (rappot)
1.Penampilan guru kemas/ceria sepanjang masa
2.Mesra dan menunjukkan rasa hormat kepada murid
3.Mengambil berat dan prihatin pada murid


Program:
Penghargaan Murid

Aktiviti:
Memberi penghargaan/pengiktirafan kepada murid:
-hari lahir murid
-sambutan hari kanak-kanak
-perayaan utama mengikut kaum

Kaedah:
· Mengumumkan melalui pembesar suara
· Menyanyikan lagu mengikut tema:Hari Jadi
· Hadiah/kad ucapan  hari jadi
· kad ucapan: Hari Raya Aidil Fitri
· Sumbangan Hari Raya
· Tokoh / Tunas Hari Kanak-kanak

Sebahagian murid Tahun 1

Penyelaras Guru Penyayang
Barisan penolong kanan

 
Guru Besar merasmikan program guru penyayang


 
Murid menerima kad hari lahir




Jumaat, 2 Januari 2015

MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Objektif perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling  di sekolah adalah;

  • Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K di sekolah.

  • Sebagai perkhidmatan yang mesra , selesa dan kondusif kepada murid untuk menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka , seterusnya dapat membuat keputusa yang wajar dan betul.

  • Agar Guru B&K boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang diluar norma sosial dalam kalanga murid-muridnya.

  • Agar murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan personaliti mereka.

FOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Perkhidmatan B&K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti seperti berikut;
  • Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid.
  • Peningkatan disiplin diri murid.
  • Pendidikan kerjaya murid.
  • Psikososial dan kesejahteraan mental murid.
FOKUS 1 : PEMBANGUNAN DAN PENGEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID
Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti sendiri (character) murid daripada aspek berikut;
  • Sikap Penyayang (kepedulian)
  • Budi bahasa
  • Konsep sendiri
  • Kepemimpinan
  • Komunikasi
  • Kekemasan diri
  • Ketepata masa
FOKUS 2 : PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID
Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti sosial yang lain.
FOKUS 3 : PENDIDIKAN KERJAYA MURID

Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepad murid mengenai maklumat berkaitan pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;

  • Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastika semua murid dapat mengeal pasti potensi diri , minat , sikap dan hala tuju kerjaya.
  • Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.
  • Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus memasuki alam kejaya atau meneruskan penggajian ke institusi-intitusi pengajian tinggi awam atau swasta.
FOKUS 4 : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID

Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;
  • Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi.
  • Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi.
  • Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif.
 
KAEDAH PELAKSANAAN

1.Pengurusan Profil Murid

Fokus ini adalah menyediakan pangkala Profil Murid yang bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid. Dengan analisis ini, tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan dengan lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;
  • Menyediakan profil setiap murid bermasalah disipli.
  • Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah.
  • Menyediakan profil kerjaya setiap murid.
  • Menyediakan profil murid dari segi kesejahteraan mental/emosi.
Profil ini hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid , latar belakang ibu bapa/penjaga , latar belakang masalah ,kekerapan dan punca masalah dan status tindakan penyelesaian.

2.PelaksanaanPendidikan pencegahan

Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri seperti kegiata seks bebeas , bahaya HIV , dadah , rokok termasuklah bahan inhalan.

Fokus ini juga memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada terllibat dengan jenayah rogol dan bunuh diri.

3.Konsultasi keibubapaan

Fokus ini adalah membimbing murid agar mereka mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di mana;
  • Kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan.
  • Melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.
4.Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B&K hendaklah;
  • Melaksaaka latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS.
  • Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan 'Bantu Diri Untuk Orag Lain' dengan;
          -PRS sebagai role model kepada orang lain.
          -Memberi galakan kepada rakan-rakan agar bersikap positif.
          -Menjadi rakan yang peka kepada orang lain.

5.Murid Berkeperluan Khas

Fokus ini adalah memberi perkhidmatan kaunseling dan bimbingan khas kepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah.

Fokus ini juga memberi penekanan dari segi kebajikan , kemudahan , soft skill dan hala tuju kerjaya murid berkeperluan khas.

Membimbing merid normal yang lain untuk menerima , membantu dan sentiasa memberi pertolongan kepada murid-murid berkeperluan khas.

6.Penyampaian (outreach) Perkhidmatan

Membuat sebaran kepada murid berkaitan perkhidmatan yang boleh diberi oleh Guru B&K serta faedah yang diperoleh daripada perkhidmatan B&K.

Sebaran berkaitan peluang-peluang pendidikan dan kerjaya murid.

7.Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok

Perkidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi Sasaran Kerja Utama guru B&K.

Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P).


Khamis, 1 Januari 2015

Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 sesi 2015

Program Transisi Pra Sekolah ke Tahun 1 bertujuan membantu murid-murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal kepada formal. Walaupun datang dari latar belakang pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza, mereka akan dapat memulakan proses pembelajaran dan menyesuaikan diri dengan rakan rakan baharu juga guru-guru.

Program yang diadakan pada 31 Disember 2014 (Rabu ) ini bertemakan :

"Minda Cerdas, Mata Bercahaya"






Jumaat, 12 Disember 2014

Hari UPSR diumumkan

Tarikh 26 November 2014 dinanti oleh semua murid dan guru-guru skddh dengan penuh debaran. Jam 9.30 pagi semua murid Tahun 6 berkumpul di Anjung Informasi dan membaca surah yasin. Mudah-mudahan semuanya akan dipermudahkan dan khabar gembira akan dinanti dengan penuh debaran.

Kira-kira pukul 11.00 pagi Guru Besa Pn Hjh Hasmah Hitam mengumumkan keputusan UPSR. Seramai 13 orang murid skddh mendapat keputusan 5A dan 14 orang mendapat keputusan 4A. Tahniah dan syabas kepada yang berjaya, yang kurang berjaya jangan putus asa kerana perjalanan anda masih jauh. Tentu ada cahaya kejayaan di hujung jalan sana. 

Dalam majlis tersebut juga Yayasan Bukit Katil telah menyampaikan sumbangan kepada murid-murid yang mendapat keputusan 5A, 4A , dan 3A.

Guru Besar bersama j/kuasa Yayasan Bukit Katil








Bergambar bersama guru dan ibu bapa
Tahniah....