Sabtu, 23 Januari 2016

Pelancaran Program Guru Penyayang Tahun 2016

Pelancaran Program Guru Penyayang peringkat SK Dato' Demang Hussin telah diadakan pada 11 Januari 2016. Majlis dimulakan dengan taklimat program yang disampaikan oleh penyelaras program dan perasmian oleh Guru Besar Tn Hj Adam Md Dali.

Semua murid yang dilahirkan pada bulan Januari telah diraikan dan menerima kad hari lahir dan cenderamata. Murid juga diraikan dengan nyanyian lagu hari lahir.


 










Pelantikan Pemimpin Muda 2016

Pelantikan Pemimpin Muda SK Dato' Demang Hussin tahun 2016 telah diadakan pada 21 Januari 2016 di Balai Datuk Ali Rustam. Pengawas, pengawas pusat sumber, ketua darjah, Pembimbing Rakan Sebaya, pengawas kebersihan dan pengawas siber sesi 2016 telah dilantik dengan rasminya.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amran Yusof, ucapan guru besar Tuan Haji Adam Md Dali dan perasmian telah disempurnakan oleh Encik Zulhijri Sabtu, Ketua Unit HEM Jabatan Pelajaran Melaka.

Harapan kami pemimpin muda yang dilantik akan dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan saling tolong menolong antara satu sama lain disamping menghormati sesama rakan sebaya.
Bahawasanya, 
kami pemimpin muda SK Dato’Demang Hussin Tahun 2016
 berikrar akan:
v  bersungguh-sungguh memikul  tanggungjawab yang  diamanahkan dengan penuh integriti, dedikasi dan bertanggungjawab.
v  Kami akan memberi khidmat, kepada warga sekolah, terutama dalam tunjang disiplin, dengan adil dan saksama. 
v KAMI AKAN MENGHORMATI GURU-GURU, RAKAN SEBAYA DAN SEMUA WARGA SEKOLAH
v Kami juga akan berusaha, menjadi contoh terbaik kepada murid-murid, untuk beriltizam tinggi, bagi melonjakkan kecemerlangan diri, dan seterusnya kecemerlangan sekolah.  














Izzati Syazana, ketua pengawas 2016 mengetuai bacaan ikrar

Ketua Darjah

Pengawas Pusat Sumber

Pengawas Sekolah

Pengawas Siber

Pembimbing Rakan Sebaya
                                    

Jumaat, 22 Januari 2016

Program Transisi Guru Penyayang Tahun 2016

Program Transisi dan guru penyayang Tahun 1 Sesi 2016 telah diadakan pada 30 Disember 2015 jam 8.30 pagi bertempat di Kantin skddh. Progra dimulakan dengan pendaftaran murid-murid Tahun 1, taklimat transisi, taklimat HEM, ucapan Guru Besar dan ibu bapa menjelaskan bayaran-bayaran yang berkaitan. 

Semasa ibu bapa mendengar taklimat, murid-murid Tahun 1 menjalani ujian diagnostik untuk mengenalpasti tahap pencapaian mereka dalam asas membaca, menulis dan mengira.

SELAMAT TAHUN BAHARU 2016


Image result for selamat tahun baru 2016

Salam sejahtera,

Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Sesi persekolahan telah pun bermula. Kesibukan ibu bapa melayan karenah anak-anak terutama yang baharu sahaja menjejakkan kaki ke Tahun Satu. Terpancar di wajah ibu bapa keterujaan , kesungguhan memimpin tangan anak-anak ke sekolah sejak dari hari pertama persekolahan lagi. 

Namun begitu, ibu bapa harus membenarkan anak-anak mereka berdikari dengan cara menghantar sehingga ke pintu pagar sekolah dan membiarkan anak-anak membawa sendiri beg sekolah mereka .Dengan cara itu anak-anak akan lebih  berdikari dan mudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah dan rakan-rakan.


Selamat menjalankan tugas kepada semua warga pendidik.  

Mendidik Daripada Hati Dengan Penuh Intergriti.

Rabu, 14 Oktober 2015

Lawatan Sambil Belajar ke Akademi Penerbangan Melaka

Sempena bulan Eksplorasi Kerjaya, Unit Bimbingan dan Kaunseling SKDDH telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Akademi Penerbangan Melaka Batu Berendam pada 13 Oktober 2015. Seramai 80 orang murid dan 6 orang guru pengiring telah mengikuti program tersebut.

Lawatan sambil belajar ke Akademi Penerbangan bertujuan mendedahkan kepada semua murid tahun 6 tentang kerjaya dalam bidang penerbangan dsiamping menyuntik semangat dan motivasi supaya mereka akan lebih tekun belajar dan mencapai cita-cita dalam kerjaya idaman.

Antara pengisian program ialah taklimat umum dari ko ordinator Akademi penerbangan, lawatan sekitar akademi, lawatan ke bilik simulasi penerbangan, lawatan kawasan aviation iaitu bagaimana kapalterbang diselenggara.  Terima kasih kepada pihak akademi penerbangan melaka dan semua pihak yang terlibat dengan program tersebut.









Cita-cita ke-2 menjadi juruterbang

Menyampaikan cenderamata kepada pengetua akademi Penerbangan

Guru pengiring









Rabu, 23 September 2015

PROGRAM KE MANA ANDA SELEPAS UPSR 2015

Program  ke mana anda selepas UPSR telah diadakan pada  11 September 2015 bersamaan Hari Jumaat. Tujuan program ini ialah untuk mendedahkan kepada semua murid tahun 6 tentang sekolah menengah yang boleh dipilih smada kelas rancangan khas, kelas kawalan, sekolah agama, kelas agama , sekolah berasrama penuh, MRSM, sekolah seni dan sekolah sukan.

Murid didedahkan tentang syarat kelayakan dan kehidupan seharian sekiranya memilih untuk tinggal di asrama. Harapan kami taklimat ini amat membantu murid untuk memilih sekolah yang sesuai dengan minat dan kelulusan masing-masing.