Ahad, 18 Februari 2018

Pelantikaan PRS dan Ketua Darjah 2018



Majlis pelantikan pembimbing rakan sebaya dan ketua darjah 2018 telah disempurnakan pada 22 Januari 2018 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam.  Seramai 37 orang ketua darjah dan 27 orang PRS terlibat dengan program tersebut.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan ikrar rukunegara,diikuti dengan bacaan ikrar PPDa diketuai oleh Cikgu Mohd Bakri Che Amin. Hebahan PPDa telah dibuat oleh Hjh Rohayah Bakar.

Tujuan majlis ialah untuk mengiktiraf murid-murid yang telah dilantik secara rasmi dan supaya menjadi teladan kepada semua murid-murid yang lain

Watikah pelantikan telah disampaikan oleh guru besar Tn Hj Adam Md Dali. Selepas itu bacaan ikrar PRS diketuai oleh Saidatul Umairah, ketua PRS 2018. Dalam ucapannya guru besar berharap supaya murid-murid yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan jujur.


Majlis telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan menyumbang tenaga menjayakan majlis ini.

Ketua darjah Tahun 6 Aman



Bacaan ikrar PRS diketuai oleh Ketua PRS, Nursaidatul Umairah

Perasmian oleh Tn Hj Adam Md Dali

Penyampaian cenderamata






































Selasa, 24 Oktober 2017

Program kerjaya dalam bidang penulisan

Program sehari bersama syarikat penerbitan Blink-Blink telah diadakan pada 24 Oktober 2017 bermula jam 8.30 pagi. Seramai 169 orang murid Tahun 6 terlibat dengan program tersebut. Murid-murid didedahkan dengan teknik dan cara untuk menceburi dalam bidang penulisan dan bahan-bahna penulisan terbitan syarikah Blink-Blink.

Selain itu diadakan juga aktiviti jualan buku untuk semua murid skddh.











Program Sehari Bersama Jelajah Legoland Malaysia

Legoland Malaysia telah mengadakan program Jom Jelajah Legoland pada 10 Oktober 2017 bertempat di SK Dato' Demang Hussin. Seramai 120 orang murid Tahun 6 terlibat dengan program tersebut. Terima kasih kepada pihak Legoland kerana sudi datang ke skddh.

Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh wakil Legoland dan murid berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti yang disusun di dalam bas jelajah legoland. Selain itu murid turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang disediakan di Legoland Johor dan murid juga dimaklumkan dengan peluang kerjaya iaitu membina lego di Legoland .

Murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz juga berpeluang menerima hadiah dan cenderamata.

Bergambar selepas tamat sesi jelajah legoland

Kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris


Salah satu aktiviti yang terdapat dalam bas jelajah legoland



Terima kasih kerana sudi ke sekolah skddh
 

Isnin, 23 Oktober 2017

Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Sekolah 207

Sambutan bulan kaunseling kebangsaan yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun bertujuan membangkitkan kesedaran dan membudayakan kaunseling sebagai sistem sokongan yang penting dalam masyarakat disamping memartabatkan profesion kaunseling di Malaysia.

Pelancaran bulan kaunseling kebangsaan peringkat sekolah telah diadakan pada 23 Oktober 2017 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Majlis disempurnakan oleh Tn Hj Adam Md Dali, guru besar skddh. Majlis dimulakan dengan taklimat penyelaras program, membacakan perutusan bulan kaunseling dan perasmian oleh guru besar. Disamping itu diadakan juga saringan minda sihat dimana guru-guru menjawab soal selidik Dass.

Terima kasih

taklimat penyelaras progra

Bacaan teks ucapan pelancaran bulan kaunseling

Ucapan perasmian oleh tuan guru besar

Menjawab saringan minda sihat, soal selidik Dass


sebahagian murid skddh

Isnin, 9 Oktober 2017

Program sehari bersama Kidzania Go!

Program sehari bersama Kidzania Go! telah diadakan pada 26 September 2017. Program yang turut disertai oleh murid-murid Tahun 6 sempena minggu eksplorasi kerjaya telah berjalan dengan jayanya. Murid dapat berkongsi maklumat dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah dirancang.

Taklimat sebelum program dijalankan

Sebahagian murid Tahun 6






Terima kasih

Bergambar kenangan

Program Lawatan Sambil Belajar ke Akademi Penerbangan Melaka

Program Lawatan sambil Belajar ke Akademi Penerbangan Melaka telah diadakan sempena minggu Eksplorasi Kerjaya SK Dato' Demang Hussin 2017. Program yang diadakan pada 25 September turut disertai oleh 80 orang murid Tahun 6 dan enam orang guru pengiring.

Tujuan lawatan ialah untuk mendedahkan murid-murid kerjaya dalam bidang penerbangan disamping memupuk semangat belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kerjaya impian.

bergambar kenangan

Taklimat disampaikan oleh pegawai dari akademi penerbangan


Terima kasih !

Khamis, 5 Oktober 2017

Program Out Reach SBP (KPM) Sekolah Rendah Daerah Melaka Tengah2017




Program Out reach Sekolah Rendah Daerah Melaka Tengah anjuran Sekolah Menengah Sains Mudzafar Syah adalah program usahasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan bertjuan berkongsi  pengalaman bersama murid Tahun Enam  SK Dato’ Demang Hussin tentang cara belajar  dan memilih SBP  sebagai sekolah untuk melanjutkan pelajaran

Program telah diadakan pada 19 Julai 2017 bertempat di makmal komputer SK Dato' Demang Hussin. Matlamat utama program ialah    bertujuan berkongsi pengalaman disamping  memberi pendedahan kepada murid Tahun 6 SK Dato’ Demang Hussin supaya lebih bermotivasi dan berusaha mencipta kecemerlangan dalam UPSR 2017.

Sebahagian pelajar SBP yang terlibat dengan program



Sebahagian murid skddh  yang terlibat dengan program


Jasamu dikenang