Ahad, 18 Februari 2018

Pelantikan Pemimpin Muda 2018


Majlis penyerahan watikah pelantikan pemimpin muda 2018 telah diadakan pada 12 Februari 2018  bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Tahun 2018 diadakan bertujuan melantik mereka secara rasmi sebagai orang yang bertanggungjawab dalam tugas masing-masing disamping melatih mereka menjadi pemimpin yang membantu guru melaksanakan semua peraturan sekolah

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu patriotic, bacaan doa, ucapan guru besar dan ucapan perasmian oleh Koperal Mohammad Ariff bin Alham, pegawai perhubungan sekolah.

Majlis diteruskan dengan penyerahan watikah pelantikan dan pemeriksaan barisan.  Ikrar pemimpin muda telah diketuai oleh ketua pengawas sekolah.

Rumusan:
Majlis telah berjalan dengan lancer seperti yang telah dirancang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama.

Bergambar selepas majlis pelantikan

Murid yang terlibat dengan pelantikan




Ketua pengawas mengetuai bacaan ikrar

Pelancaran Program Guru Penyayang dan Jom Ke Sekolah 2018


Pelaksanaan Guru Penyayang bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Program Jom Ke sekolah merupakan program Kolaboratif antara KPM dan PDRM dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Komintmen antara KPM, PDRM dan sekolah dalam menguatkuasakan undang-undang akan mencegah dan mengurangkan salah laku murid selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang

Pelancaran program guru penyayang dan jom ke sekolah telah diadakan pada 29 Januari 2018 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Program dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan doa, sketsa, ucapan penyelaras program, En Mohd Bakri Che Amin.

Selepas itu Tn Hj Adam telah menyampaikan ucapan diikuti dengan Datuk Yusof Jantan, YDP PIBG.  Puan Mariani Abdullah, ketua unit perjawatan dan perkhidmatan JPM telah membacakan perutusan pengarah pelajaran Melaka sempena pelancaran guru penyayang.

Gimik Perasmian ialah pemakaian lencana guru penyayang kepada jemputan , guru besar, gpk dan guru bertugas diiringi dengan muzik latar guru penyayang. Seterusnya Puan Mariani Abdullah telah menyampaikan  kad dan hadiah hari lahir kepada murid terpilih.
                       
 Rumusan:
Program telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang kerana mendapat kerjasama dari semua pihak.

Bergambar selepas majlis perasmian

Perasmian oleh Pn Mariani Abdullah, Ketua Unit Perjawatan JPM Melaka

Sketsa 'Anakku Samat Ali'

Guru Besar Tn Hj Adam Md Dali

YDP PIBG Datuk Yusof bin Jantan


Pelantikaan PRS dan Ketua Darjah 2018



Majlis pelantikan pembimbing rakan sebaya dan ketua darjah 2018 telah disempurnakan pada 22 Januari 2018 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam.  Seramai 37 orang ketua darjah dan 27 orang PRS terlibat dengan program tersebut.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan ikrar rukunegara,diikuti dengan bacaan ikrar PPDa diketuai oleh Cikgu Mohd Bakri Che Amin. Hebahan PPDa telah dibuat oleh Hjh Rohayah Bakar.

Tujuan majlis ialah untuk mengiktiraf murid-murid yang telah dilantik secara rasmi dan supaya menjadi teladan kepada semua murid-murid yang lain

Watikah pelantikan telah disampaikan oleh guru besar Tn Hj Adam Md Dali. Selepas itu bacaan ikrar PRS diketuai oleh Saidatul Umairah, ketua PRS 2018. Dalam ucapannya guru besar berharap supaya murid-murid yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan jujur.


Majlis telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan menyumbang tenaga menjayakan majlis ini.

Ketua darjah Tahun 6 Aman



Bacaan ikrar PRS diketuai oleh Ketua PRS, Nursaidatul Umairah

Perasmian oleh Tn Hj Adam Md Dali

Penyampaian cenderamata






































Selasa, 24 Oktober 2017

Program kerjaya dalam bidang penulisan

Program sehari bersama syarikat penerbitan Blink-Blink telah diadakan pada 24 Oktober 2017 bermula jam 8.30 pagi. Seramai 169 orang murid Tahun 6 terlibat dengan program tersebut. Murid-murid didedahkan dengan teknik dan cara untuk menceburi dalam bidang penulisan dan bahan-bahna penulisan terbitan syarikah Blink-Blink.

Selain itu diadakan juga aktiviti jualan buku untuk semua murid skddh.











Program Sehari Bersama Jelajah Legoland Malaysia

Legoland Malaysia telah mengadakan program Jom Jelajah Legoland pada 10 Oktober 2017 bertempat di SK Dato' Demang Hussin. Seramai 120 orang murid Tahun 6 terlibat dengan program tersebut. Terima kasih kepada pihak Legoland kerana sudi datang ke skddh.

Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh wakil Legoland dan murid berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti yang disusun di dalam bas jelajah legoland. Selain itu murid turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang disediakan di Legoland Johor dan murid juga dimaklumkan dengan peluang kerjaya iaitu membina lego di Legoland .

Murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz juga berpeluang menerima hadiah dan cenderamata.

Bergambar selepas tamat sesi jelajah legoland

Kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris


Salah satu aktiviti yang terdapat dalam bas jelajah legoland



Terima kasih kerana sudi ke sekolah skddh