Khamis, 9 Mei 2013

Kursus Asas PRS 2013


Tarikh   : 9 Mei 2013
Hari      : Khamis
Tempat : SKDDH

Kursus asas prs telah dapat dijalankan seperti tarikh dan masa yang telah diracang. Seramai 17 orang perintis prs terlibat dengan program tersebut. Program telah dikendalikan sepenuhnya oleh 2 orang guru bimbingan iaitu Pn Hjh Rohayah Bakar dan En Mohd Bakri Che Amin. Kursus sehari ini dipenuhi dengan aktiviti kemahiran komunikasi , asas prs, team building, kemahiran membuat keputusan dan pidato. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh GPK HEM Encik Husin Abu Noh.

 Sebahagian murid yang terlibat dengan kursus asas prs


 slot kemahiran komunikasi


 latihan asas sesama rakan sebagai klien


Persembahan kumpulan


 Latihan berpidato


Bergambar selepas tamat kursus asas prs

Sabtu, 4 Mei 2013

Majlis Pelantikan PRS sesi 2013

MAJLIS PELANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2013

LOGO PRS

Majlis pelantikan PRS telah diadakan pada  8hb April 2013. Seramai 17 orang perintis PRS telah dipilih. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar Puan Hajah Nor'aisah Muhammed bertempat di Tapak Perhimpunan SKDDH. Selamat maju jaya kepada semua PRS.


Guru Besar Pn Hjh Nor'aisah Muhammed menyampaikan
watikah pelantikan PRS kepada murid yang telah dipilih


 Pembimbing Rakan Sebaya tahun 2013 bergambar
bersama guru besar



Mohd Farhan Zulkifli mengetuai bacaan ikrar PRS


 Berikrar dan berjanji akan menjalankan tugas
seperti yang telah diamanahkan



 Bangga kerana telah dilantik sebagai PRS 2013



Sebahagian guru dan murid yang menyaksikan majlis 
pelantikan PRS sesi 2013

Rabu, 27 Mac 2013

KENALI SKDDH: Sekolahku Indah



SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' DEMANG HUSSIN,
KM 9 BUKIT KATIL, 75450 MELAKA
Telefon    : 06-2320102
Faks        : 06-2522029
Email       :skddh@gmail.com

SEJARAH
§  Sekolah Kebangsaan Bukit Katil adalah nama asal bagi SK Dato Demang Hussin. Bermula dengan bangunan kayu dengan dua bilik darjah terletak di hadapan Masjid Bukit Katil, SKDDH kini terletak di lokasi sekarang dengan keluasan 3.8 hektar Pada Julai 1924, sebuah bangunan 2 tingkat telah dibina di lokasi sekarang  dan guru besar pertama ialah Haji Hussin Maaji.
§  Pada 18 November 1968 bangunan kedua telah dibina. Bangunan separuh kekal terdiri dari dua bilik darjah yang kini telah diubahsuai menjadi bilik guru dan kedai buku.
§  Bangunan ketiga pula dibina pada 16 Oktober 1975. Bangunan ini  terdiri dari 4 buah bilik darjah, pejabat sekolah, 2 buah tandas dan stor. Pada 17 Januari 1975, sebuah padang seluas 2 ekar lebih telah dibina di atas lot 397
§  Pada bulan Januari 1983, nama Sekolah Kebangsaan Bukit katil telah diubah kepada nama SK Dato’ Demang Hussin sempena nama penghulu yang juga guru besar  dan LPS pertama sekolah ini.
§  Pada tahun 1997, bangunan keempat telah dibina melalui konsep ‘gotong royong’ yang terdiri dari 3 buah bilik darjah.
§  Pada tahun 1998 bangunan kelima telah siap dibina. Bangunan 4 tingkat ini terdiri dari 14 buah bilik darjah, sebuah bilik sains, bengkel kemahiran hidup, bilik mesyuarat, 2 buah tandas, 2 buah bilik utiliti dan kantin bertujuan menampung pertambahan murid yang semakin bertambah dari masa ke semasa.
§  Sebuah surau juga dibina melalui dana yang dikumpulakan oleh PIBG. Pada tahun 2006 surau berkenan telah diperbesarkan melalui dana yang disumbang oleh Kerajaan Negeri Melaka, PIBG dan guru-guru melalui Majlis Jamuan Makan malam amal yang diadakan pada 13 Mei 2006.
§  Pada Ogos 2007 bangunan makmal komputer 2 tingkat telah disiapkan  dan mula beroperasi pada Januari 2009. Pada Disember 2007, bangunan pendidikan prasekolah telah dibina melalui program Perluasan Prasekolah Jabatan Pelajaran Melaka . Manakala pada September 2008, sebuah bangunan pendidikan khas telah dibina dan mula beroperasi pada Januari 2009


VISI:
Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin menjadi SEKOLAH UNGGUL, PENJANA GENERASI TERBILANG
 
MISI:
Memberi pendidikan menyeluruh dan adil
kepada semua murid melalui budaya kerja cemerlang dan semangat kerja berpasukan dikalangan warga sekolah 

MATLAMAT:

Melahirkan insan yang CEMERLANG, BERIMAN, BERILMU, MAMPU MENGHADAPI CABARAN, BERDAYA SAING DAN BERAKHLAK MULIA
  
FALSAFAH:

Murid sekolah ini mempunyai potensi dan intelektual untuk dikembangkan, oleh itu kami sebagai guru akan melakukan yang terbaik agar mereka menjadi warganegara yang berguna kepada masyarakat dan negara 

LAGU SEKOLAH:
Sekolah Kebangsaan Dato' Demang Hussin
berjasa, berjaya
mendidik anak-anak desa
mencapai cita-cita bangsa

Pada guru-guruku dulu dan sekarang
cergas dan dedikasi
membimbing, memimpin
ke arah maju jaya

Sekolah Kebangsaan Dato' Demang Hussin
berjasa, berjaya
mendidik anak-anak desa
mencapai cita-cita bangsa

Di bidang pelajaran juga bidang sukan
kami akan berusaha
berikrarberjanji
menjunjungnamamu

Sekolah Kebangsaan Dato' Demang Hussin
berjasaberjaya,
mendidik anak-anak desa
mencapai cita-cita bangsa.