Sabtu, 17 Mei 2014

Sambutan Hari Guru 2014

Setiap tahun 16 Mei menjadi hari yang begitu dinantikan oleh seluruh warga sekolah samada para guru dan murid-murid. SK Dato Demang Hussin telah menyambut hari guru dengan pelbagai aktiviti menarik.Walaupun pada sebelah pagi cuaca mendung dan hujan tetapi aktiviti yang dirancang telah dapat dijalankan. 

Guru:Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

 Guru bersedia untuk ke Balai Datuk Ali

 Gembira .... menyambut Hari Guru

 Terima kasih cikgu

 Pengawas Pusat Sumber bersedia untuk menyampaikan hadiah
kepada semua guru

 Kumpulan 5 dengan aksi masing-masing

Bila lagi nak tengok cikgu ber'boria'

Selasa, 29 April 2014

Aktiviti Ujian Tara

Ujian Tara telah diadakan pada 29 dan 30 April 2014 bermula jam 7.35 pagi di padang sekolah. Sebanyak 4 buah rumah sukan terlibat dengan program tersebut iaitu Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Kasturi dan Rumah Hang Nadim. Aktiviti saringan ujian tara ialah lompat jauh, lompat tinggi, larian dan lontar peluru. Semua murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah disusun.



hakim acara lompat tinggi



acara lontar peluru

lompat tinggi
bersedia .... lontar

Rumah Hang Tuah

Acara larian


Program Jom Hidup Sihat Bersama MILO

Program jom hidup sihat bersama MILO telah diadakan pada 24 April 2014 ( Khamis) Seramai 175 orang murid  tahun 3 terlibat dengan program tersebut. Majlis dimulakan dengan ceramah jom hidup sihat. Murid dibekalkan dengan sekotak air milo dan menyertai aktiviti sukan seperti badminton, bola keranjang, bola baling dan bola sepak. Dalam ceramahnya, murid disran supaya sentiasa mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat untuk memastikan badan sentiasa sihat dan dapat belajar dengan sempurna.







Program Jom Baca

Program Jom Baca telah dilancarkan dengan rasminya oleh Guru Besar Pn Hjh Hasmah pada 16 April bermula jam 10.00 pagi. Program selama 10 minit jom baca telah disertai oleh semua warga sekolah. Antara tujuan utama program jom baca ialah untuk menyahut saranan kerajaan melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan dan menjadikan aktiviti membaca sebagai salah satu aktiviti wajib di sekolah. Mendidik masyarakat membaca sebagai masyarakat berilmu seharusnya bermula sejak di sekolah rendah lagi. harapan sekolah, program ini akan berterusan bagi melahirkan murid yang celik ilmu.






 





Kem Smart solat 2014

Kem smart Solat telah diadakan sebagai salah satu daripada program kecemerlangan UPSR. Program telah diadakan pada 18 dan 19 April 2014 (Jumaat dan Sabtu) Antara pengisian program ialah LDK 1, 2, Program muhasabah diri,, bacaan yasin, solat hajat, dan kau permata ayah bonda bersama dengan ibu bapa masing-masing.

Program muhasabah diri bersama Ustaz Baharudin  dan kau permata ayah bonda oleh penceramah dari Jazim Motivation. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir dan guru-guru yang telah menjayakan program tersebut. Semoga usaha murni berterusan akan menjana kecemerlangan anak didik skddh dalam upsr kelak. Insyallah.











Selasa, 22 April 2014

Ujian Aptitud Am Tahun 3

Pentaksiran  Psikometrik merupakan komponen dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS yang akan dilaksanakan di semua sekolah pada tahun ini. PPsi menggunakan instrumen pentaksiran  Ujian Aptitud dan inventori personaliti bertujuan mengukur kebolehan semulajadi dan kebolehan murid yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran.Ujian Aptitud telah diadakan pada 11 Mac 2014 melibatkan seramai 164 orang murid Tahun 4. Sebelum ujian dijalankan, semua guru dan murid telah diberikan taklimat oleh guru bimbingan dan kausenling.

Ujian aptitud Am Tahun 3 mengukur domain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan domain Matematik.

Murid Tahun 4 tekun menjawab Ujian Aptitud Am

Baca dahulu ...... baru jawab
Sebahagian murid tahun 4 menjawab ujian aptitud
 Tekun..

Rabu, 16 April 2014

Kursus Asas PRS 2014

Kursus Asas PRS telah diadakan pada 16 April 2014 bermula jam 7.35 pagi - 1.00 petang di Perpustakaan Nurul Ilmi SK Dato Demang Hussin. Kursus dimulakan dengan taklimat dan aktiviti LDK. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking, pembentukan kumpulan, komunikasi, pidato dan pembentangan berkumpulan. Murid dilatih cara berkomunikasi dengan betul dan perbincangan dan membuat keputusan secara berkumpulan. Perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Husin Abu Noh GPK HEM.