Selasa, 8 Ogos 2017

Program Kolaborasi Magnet Kejayaan "Jom Positifkan Diri Anda" Tahun Enam 2017

Program Kolaborasi Magnet Kejayaan "Jom Positifkan Diri Anda " Tahun Enam 2017 telah diadakan pada 8 Ogos 2017 bertempat di Hotel Emperor Melaka. Seramai 165 orang murid Tahun 6 dan 11 orang guru pengiring terlibat dengan program tersebut.

Program yang dikendalikan oleh Cgujinggo dari Cgujinggo Founder ELAS itu bertujuan berkongsi maklumat tentang pengurusan masa, penetapan matlamat, vision board, kemahiran belajar, aku janji mind set dan kolam jiwa.

Program ini telah disempurnakan penutupannya oleh Encik Mohd Redzuan bin Snusi, Penolong Pengarah Kaunseling Jabatan Pelajaran Melaka. Harapan kami perkongsi maklumat ini akan dapat membantu murid lebih fokus dalam menghadapi peperiksaan UPSR dan mencipta kejayaan .



Cgujinggo dari Founder  Elas

Sebahagian murid skddh

Bergambar selepas selesai program

Akujanji

Aktiviti Kolam Jiwa

Penyampaian cenderamata




Khamis, 30 Mac 2017

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2017

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu ( mentee ) tetapi juga membina hubungan psikologi dan berusha membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Pelancaran Program mentor mentee telah diadakan pada 27 Mac 2017 (Isnin) dan telah disempurnakan oleh Tn Hj Adam Md Dali, guru besar SK Dato' Demang Hussin. Setiap kelas akan diketuai oleh dua orang guru sebagai mentor. Guru-guru dibekalkan dengan fail modul mentor mentee dan borang rujukan kepada unit b&k sekiranya perlu. Mentor perlu mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau mengikut kesesuain masa dan keperluan.

Objektif :
  • Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee
  • Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain
  • Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka








    Rabu, 15 Februari 2017

    Pelancaran Guru Penyayang 2017

    Pelancaran guru penyayang sekolah-sekolah negeri Melaka telah diadakan serentak pada 13 Februari 2017. Majlis telah dirasmikan oleh Leftenan Kol Morgan a/l Krishnan , Penolong Pegawai Pemerintah Batalion Ke 3 Rejimen 514 Askar Wataniah Kem Bukit Beruang Melaka. 

    Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh penyelaras program, PN Hjh Rohayah Bakar diikuti dengan Pn Sumarni Kamaruzaman , Ketua Unit Akaun, JPM yang membacakan perutusan Pengarah Pelajaran Melaka.

    Majlis turut diserikan dengan ucapan guru besar, ucapan Brigedier Jeneral Datuk Yusof bin Jantan, Komandar 514 askar wataniah, merangkap YDP PIBG skddh. Sebagai gimik perasmian, Pn Sumarni telah menyampaikan kad dan hadiah hari lahir kepada murid-murid yang lahir dalam bulan Februari. Murid-murid pula menyampaikan stabile berbentuk hati kepada barisan tetamu, pentadbir dan guru kelas masing dan guru kelas pula menyampaikan kad dan hadiah hari lahir kepada murid-murid yang lahir dalam bulan Februari.



     Pn Sumarni Kamaruzaman, Ketua Unit Akaun, JPM membacakan perutusan Pengarah Pelajaran Melaka






    Penyampaian stabile simbol kasih sayang
     





    Selasa, 14 Februari 2017

    Program Pelantikan, Literasi Maklumat dan Kepimpinan PSS dan PRS 2017

    Program pelantikan, literasi maklumat dan kepimpinan PSS dan PRS SK Dato' Demang Hussin telah diadakan pada 7 Februari 2017 bertempat di Perpustakaan Awam Melaka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Perpustam En Mohd Aizamuddy. Terima kasih kepada penceramah dan barisan fasilitator dari perpustam.










    Program Jom Ke Sekolah Tahun 2017

    Program Jom Ke sekolah merupakan program kolaboratif antara KPM dan PDRM dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Majlis telah disempurnakan oleh Kopral Ariff Pegawai Perhubungan Sekolah pada 6 Februari 2017 ( Isnin). 

    Dalam majlis tersebut juga diperkenalkan juga Kad My Smart Disiplin oleh Unit Disiplin dan Pengawas dan membugarkan semula penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid.

    Perasmian program Jom Ke Sekolah

    Merasmikan Peti Aduan Disiplin Murid

    Taklimat Kad My Smart Disiplin oleh En Mohd Adli Daud (Unit Disiplin)

    Sketsa zaman persekolahan dahulu dan sekarang

    Terima kasih Tuan...

    En Husin Abu Noh membaca perutusan Ketua Polis Negara

    Pn Seren Abd Aziz  membacakan perutusan Menteri Pendidikan

     Jom ke sekolah


    Rabu, 23 November 2016

    Ujian Aptitud Tahun 3 2016

    Ujian Aptitud Am Tahun 3 telah diadakan pada 27 Oktober 2016. Seramai 162 orang murid Tahun 3 Aman, 3 Arif, 3 Amanah, 3 Afdal, 3 Azam dan PPKI telah menduduki ujian tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.