SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' DEMANG HUSSIN,
KM 9 BUKIT KATIL, 75450 MELAKA
Telefon : 06-2320102
Faks : 06-2522029
Email :skddh@gmail.com
Faks : 06-2522029
Email :skddh@gmail.com
SEJARAH
§ Sekolah Kebangsaan Bukit Katil adalah
nama asal bagi SK Dato Demang Hussin. Bermula dengan bangunan kayu dengan dua
bilik darjah terletak di hadapan Masjid Bukit Katil, SKDDH kini terletak di
lokasi sekarang dengan keluasan 3.8 hektar Pada Julai 1924, sebuah bangunan 2
tingkat telah dibina di lokasi sekarang
dan guru besar pertama ialah Haji Hussin Maaji.
§ Pada 18 November 1968 bangunan kedua
telah dibina. Bangunan separuh kekal terdiri dari dua bilik darjah yang kini
telah diubahsuai menjadi bilik guru dan kedai buku.
§ Bangunan ketiga pula dibina pada 16
Oktober 1975. Bangunan ini terdiri dari
4 buah bilik darjah, pejabat sekolah, 2 buah tandas dan stor. Pada 17 Januari
1975, sebuah padang seluas 2 ekar lebih telah dibina di atas lot 397
§ Pada bulan Januari 1983, nama Sekolah
Kebangsaan Bukit katil telah diubah kepada nama SK Dato’ Demang Hussin sempena
nama penghulu yang juga guru besar dan
LPS pertama sekolah ini.
§ Pada tahun 1997, bangunan keempat
telah dibina melalui konsep ‘gotong royong’ yang terdiri dari 3 buah bilik
darjah.
§ Pada tahun 1998 bangunan kelima telah
siap dibina. Bangunan 4 tingkat ini terdiri dari 14 buah bilik darjah, sebuah
bilik sains, bengkel kemahiran hidup, bilik mesyuarat, 2 buah tandas, 2 buah
bilik utiliti dan kantin bertujuan menampung pertambahan murid yang semakin
bertambah dari masa ke semasa.
§ Sebuah surau juga dibina melalui dana
yang dikumpulakan oleh PIBG. Pada tahun 2006 surau berkenan telah diperbesarkan
melalui dana yang disumbang oleh Kerajaan Negeri Melaka, PIBG dan guru-guru
melalui Majlis Jamuan Makan malam amal yang diadakan pada 13 Mei 2006.
§ Pada Ogos 2007 bangunan makmal
komputer 2 tingkat telah disiapkan dan
mula beroperasi pada Januari 2009. Pada Disember 2007, bangunan pendidikan
prasekolah telah dibina melalui program Perluasan Prasekolah Jabatan Pelajaran
Melaka . Manakala pada September 2008, sebuah bangunan pendidikan khas telah
dibina dan mula beroperasi pada Januari 2009
VISI:
Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang
Hussin menjadi SEKOLAH UNGGUL, PENJANA GENERASI TERBILANG
Memberi pendidikan menyeluruh dan
adil
kepada semua murid melalui budaya
kerja cemerlang dan semangat kerja berpasukan dikalangan warga sekolah
MATLAMAT:
FALSAFAH:
MATLAMAT:
Melahirkan insan yang CEMERLANG,
BERIMAN, BERILMU, MAMPU MENGHADAPI CABARAN, BERDAYA SAING DAN BERAKHLAK MULIA
FALSAFAH:
Murid sekolah ini mempunyai potensi
dan intelektual untuk dikembangkan, oleh itu kami sebagai guru akan melakukan yang terbaik
agar mereka menjadi warganegara yang berguna kepada masyarakat dan negara
LAGU SEKOLAH:
Sekolah Kebangsaan Dato' Demang Hussin
berjasa, berjaya
mendidik anak-anak desa
mencapai cita-cita bangsa
Pada guru-guruku dulu dan sekarang
cergas dan dedikasi
membimbing, memimpin
ke arah maju jaya
Sekolah Kebangsaan Dato' Demang Hussin
berjasa, berjaya
mendidik anak-anak desa
mencapai cita-cita bangsa
Di bidang pelajaran juga bidang sukan
kami akan berusaha
berikrarberjanji
menjunjungnamamu
Sekolah Kebangsaan Dato' Demang Hussin
berjasaberjaya,
mendidik anak-anak desa
mencapai cita-cita bangsa.
Sekolah Kebangsaan Dato' Demang Hussin
berjasa, berjaya
mendidik anak-anak desa
mencapai cita-cita bangsa
Pada guru-guruku dulu dan sekarang
cergas dan dedikasi
membimbing, memimpin
ke arah maju jaya
Sekolah Kebangsaan Dato' Demang Hussin
berjasa, berjaya
mendidik anak-anak desa
mencapai cita-cita bangsa
Di bidang pelajaran juga bidang sukan
kami akan berusaha
berikrarberjanji
menjunjungnamamu
Sekolah Kebangsaan Dato' Demang Hussin
berjasaberjaya,
mendidik anak-anak desa
mencapai cita-cita bangsa.